Wednesday, September 7, 2016

Tips Memilih Tadika Anak Kali Pertama

Tips Memilih Tadika Anak Kali Pertama ~ dari pandangan seorang ibu biasa.

Sudah semakin hampir ke penghujung tahun, dan anda harus mula membuat keputusan tadika mana yang sesuai. Tentu lebih sukar apabila ia melibatkan anak pertama atau anak tunggal. Tiada pengalaman dan rujukan, masih juga risau jika tersalah membuat pilihan. Itu biasa bagi seorang ibu bapa yang prihatin dan mementingkan keselesaan si anak. =)


Perkara pertama yang harus anda fokus adalah kemana halatuju pembelajaran keseluruhan anak anda? Pada saya ia ditentukan niat anda mahu anak tersebut kekal di aliran Islamik, Inggeris atau Kebangsaan. Kesekolah mana anak akan didaftarkan apabila Darjah 1 kelak. Aduh bingung kan. Baru nak daftar tadika sudah perlu langkau ke sekolah rendah. Namun itulah realiti :)



Tadika adalah asas dan tapak yang kukuh memudahkan tahun pra persekolahan anak. Kenapa tadika penting, kerana untuk masuk ke darjah 1 juga sudah ada ujian kecekapan. Bagi sekolah kebangsaan, ia menentukan anak di kedudukan kelas atas atau tidak; manakala bagi sekolah swasta ia menentukan kelayakan masuk atau tidak.

Apakah senarai sekolah rendah pilihan yang ada? 
  • Sekolah Kebangsaan
  • Sekolah Islamik Swasta seperti Abim / AlAmin
  • Sekolah Aliran lain ~ Inggeris / Mandarin / Tamil
Pemilihan aliran ini sangat penting  kerana ia merupakan kelangsungan pendidikan anak sehingga ke tahun 6 iaitu penamat kepada sekolah rendah. Setelah anda membuat keputusan pilihan aliran tersebut maka pemilihan tadika yang bersesuaian menjadi semakin mudah. 

Berikut adalah beberapa panduan biasa :
  1. Silibus pelajaran ~ aliran bahasa. Jika memilih aliran Islamik harus ada Bahasa Arab asas, jawi, doa harian, hafazan dan sebagainya sebagai tambahan.
  2. Pilih lokasi yang berhampiran rumah / tempat kerja. Selain menjimatkan kos penghantaran, ia memudahkan jika berlaku kecemasan. 
  3. Guru bertauliah dan penyayang ~ pergilah tadika tersebut pada hari persekolahan untuk bertanyakan borang pendaftaran dan yuran. Sambil itu lihatlah samada anak-anak ceria atau takut, pakaian seragam menutup aurat atau tidak. Saya lakukan survey ke 2 tadika sebelum berpuas hati dengan salah satunya. Usah risau, tiada sesiapa yang dapat memaksa anda selagi belum membuat bayaran.
  4. Bajet ~ terpulang atas ibu bapa sanggup berhabis banyak mana untuk pendidikan anak. Mulakan menabung dari awal tentu saja bajet meningkat setiap tahun sama juga seperti yuran pendaftaran awal. Boleh cecah RM1000 untuk tadika swasta di tahun 2016 berbanding kakak sulong RM500 pada tahun 2012 namun berbaloi untuk dilaburkan pada pendidikan anak-anak.
  5. Elakkan bertukar-tukar tadika. 5 tahun sekolah lain, 6 tahun sekolah lain. Ini untuk memudahkan guru mengenal potensi anak dan meneruskan pembelajaran. Jika berlaku juga dibimbangi guru baru tidak tahu prestasi anak dan memulakan semula proses dari awal, yang rugi anak kita juga. Anak mungkin sukar bila terpaksa menerima guru baru dan rakan baru. 
  6. Bekerjasama dengan guru demi kebaikan anak. Guru boleh terima jika ibu bapa ada pesanan personal contoh anak saya sudah boleh menulis, mohon cikgu lebihkan membaca :)  

Sekian saja beberapa tips tersebut semoga dapat memberi manfaat kepada ibu bapa baru dan happy parenting ^_^

SEM 2 Bakal Bermula... Is about to begin...

SEM 2 Bakal Bermula... Is about to begin... 
Bismillah... ^_^
 


Debar ada... Excited ada... Tak sabar nak mulakan semula sem baru dengan subject baru, kawan-kawan baru (kot)... 


Sem ni semakin mencabar bila ada 2 sekali subjek programming OOP dan C. Kita tengoklah macam mana nanti kan =) InsyaAllah emak yakin bagaimana ALLAH telah membuka laluan, Dia akan terus memudahkan jalan sehingga akhir. 

Tambahan pula dah hujung Sept emak hanya perlu fokus final exam anak-anak sek rendah dan Pasti then emak boleh mula fikir study sampai final awal Jan 2017. 

Sekejap sangat masa. Mula cuti sem dari awal Jun ~ sebelum Ramadhan ~ Raya Aidilfitri ~ Raya AidilAdha dah nak habis cuti. Ada adjustment dalam jadual study katanya sem ni je cuti panjang dekat 4 bulan. Cuti akan datang semua 6 minggu je sebulan setengah. Yang penting emak suka sebab final sem ni sepatutnya dalam cuti sekolah Dec dianjak ke Jan Alhamdulillah. Nampak tak......... awal-awal ALLAH dah tau perasaan emak dan anjak jadual final exam. Kesian anak-anak kalau emak final exam dalam cuti sek =) Alhamdulillah. 


Semoga terus sukses. Speed kencang fokus sehingga ke akhir dan dapat capai target 3.8 sem 2 ni insyaALLAH :) Emak seronok sangat dapat kenal Nusrah, Zureen, Aishah dan Syikin geng Discrete Math & English. Selain geng BCE emak lah kan. Geng EMT Umaira & Basyar. Umaira ni budak MRSM. Pointer dia sem 1 nearly 4. Seolah mengiyakan calculation emak di awal tahun =) InsyaAllah moga emak & kawan2 kekal fokus dan berjaya sem ni. 



Tak sabar nak tengok jadual kelas baru... Lecturer baru... Moga kurang subject pagi dan petang sgt.. Apapun bersyukur masih dipinjamkan nafas tenang hingga ke hari ini =) Jadikan kami ummah yang cemerlang dunia akhirat Ya ALLAH. Amin

Resepi BAKSO Neng Luluk

Resepi BAKSO Neng Luluk

Masakan feberet Neng Lilik adalah Bakso dan Soto. Menu pilihan mudah setiap kali jamuan dan kenduri sejak ada dia. Namun adakah penyediaan nya semudah itu ^_^

Bagi saya Bakso lebih mudah disediakan berbanding Soto. Bahan-bahan lebih ringkas dan tidak terlalu banyak. Soto perlu sediakan bumbu pasti semerbak rumah jika neng mula memasak rempah soto :) Namun sayang sekali resepi sebenar Neng Lilik dah hilang sewaktu kami pindah dari Ipoh ke KL tempoh hari. Ini adalah resepi Neng Luluk insan yang memperkenalkan Neng Lilik kepada keluarga kami :)

Resepi BAKSO Neng Luluk

1. Hiris, goreng kemudian blend 
(i) Bawang Merah 10 ulas 
(ii) Bawang Putih 20 ulas 



2. Masukkan halia potong untuk tujuan hilang bau saja



3. Sambil tu rebus daging dan hiris kecil-kecil. Daging pentol pula dibelah dua. 



4.  Daun leeks dipotong pangkal. Boleh diblend sekali untuk memekatkan kuah. Lagi banyak lagi sedap. 



5. Sediakan bahan pelengkap hidangan 
(i) rebus cili padi dan cili merah
(ii) hiris daun sup
(iii) tabur bawang goreng 



Selamat mencuba :) 

Tuesday, August 30, 2016

Pengedar Shaklee Wira Damai

Pengedar Shaklee Wira Damai

Bermula Januari 2016, saya dan keluarga telah berhijrah ke kolumpo. Sungguh banyak kenangan di bumi Ipoh kesayangan namun kehidupan bahagia harus diteruskan :) Cewah. 

Bumi kolumpo sebenarnya tidaklah asing bagi kami sejak saya berkahwin kerana mertua saya menetap di Fasa 9, Taman Sri Gombak. Setiap bulan pasti pulang kesini. Biasa dengan nama-nama landmark ini ~ Surau Ubudiah, Masjid Al Khairiyah haaa sekarang kediaman saya berhampiran Surau Al Mahyon pula. 

Saya ambil masa 8 bulan untuk biasakan diri dengan kehidupan baru di kota. Dari urusan pindah anak sekolah, hingga urusan sambung belajar saya di UniKL MIIT, Alhamdulillah jadual harian semakin mudah diselia. 


Dan hari ini saya berpeluang untuk menjejakkan kaki ke branch Shaklee KL iaitu di Sri Rampai. Terima kasih pada sahabat UTMKL saya saudari Anis dan Maisarah yang kini jadi upline terbaik saya dalam Shaklee. Saya sangat admire dengan usaha gigih & kesungguhan beliau caring pada anak downline. Dalam Shaklee tiada istilah upline goyang kaki.  Bagi saya,  minat saya pada nutrisi dan kesihatan telah membawa saya sejauh ini. 

Sewaktu permulaan dulu saya hanya join ahli dengan niat untuk dapat harga murah. Saya tak pernah sangka akan dapat downline pun. Alhamdulillah group saya semakin berkembang berkat copy dan follow usaha rakan-rakan rapat saya. Saya yakin, saya juga boleh berjaya dengan usaha yang berterusan dan rezeki dari ALLAH SWT :)

Paling best sekali bila Mai datang ke rumah saya untuk hantar Ostematrix dan customer beliau di jalan depan rumah saya saja. Wah, sungguh terkesan. Beliau dari Sentul boleh kemari. Nampak tak masih ramai insan sekitar kita yang boleh dicapai dengan sharing yang betul :)

Boleh hubungi saya melalui wasap/sms untuk konsultasi Shaklee berkesan insyaAllah. Saya kongsi vitamin yang saya makan dan minat pada ilmu nutrisi :)

Rosez
0126866156 

Monday, August 29, 2016

Bertahan jerebu dengan Nutriferon

Hari ni mula kelam dan berasap; jerebu mula datang lagi. Katanya bulan Sept dan Okt selalu kena serangan jerebu. Dulu duduk Ipoh tak terasa sangat risau pasal jerebu ni. Tahun ni dah dok bermastautin kat kolumpo ni goyang juga hati emak ni specially memikirkan kak chik yang asma tu. 

Selalu sebelum melarat bagi Nutriferon 1 sachet, alhamdulillah pantang di sua kadang-kadang terpaksa sorok lagi untuk saat lebih memerlukan macam sekarang ni. Rasanya sedap manis-manis labu. 

Cik perisai

Kalau ada cik perisai ni idak lah emak gundah gulana sangat. Fungsinya memang untuk bantu tingkatkan sistem pertahanan badan. Sesuai sangat untuk mereka yang selalu sakit macam batuk, selsema dan demam bila cuaca tak menentu ni kan. Usahkan anak-anak, dewasa pun kalau sampai sakit kepala hanya kerana demam selsema boleh haru kita sepanjang hari. Nak buat apa pun tak terdaya. 

Saya baru cuba 1 kotak ada 30 sachets saya beli masa promo tahun lepas Alhamdulillah cukup guna seisi keluarga. Dah tinggal 1 sachet ni nampaknya kena dapatkan spare lagi. Rasa seronok kita dapat elakkan sesuatu penyakit tu sebelum melarat. Ikhtiar lah selagi daya :) 

Siapa nak cuba boleh kongsi-kongsi dengan saya. Rasa dulu keserasian pasti anda pun excited nak dapatkan sekotak macam saya lepas tu :) 

Boleh wasap saya untuk penerangan lanjut Pengedar Shaklee Kg Melayu Wira Damai, dan sekitar Gombak 0126866156



Thursday, August 25, 2016

Beza BARLI dan GANDUM

Ini Barli. Siapa suka minum air Barli Suam atau Ais? Kita boleh geng :)

Sebelum ni saya ingat Barli dan Gandum tu sama. Rupanya tak hihihi. Yelah selepas siap dimasak kan hasilnya akan-akan sama. Putih.

Saya tak pernah kisah nak tau rupa Barli tu hinggalah bila saya buat keputusan untuk masak sendiri air Barli di rumah :) Boleh minum banyak kali. Sebelum ni pernah juga buat Bubur gandum jadi tiada yang pelik gandum bagi saya. Barli ni saya agak penasaran cewah. Pertama kali nak beli dan masak sendiri memang agak teruja.

Rupanya Barli dalam bentuk bijirin warnanya agak kecoklatan. Dan saiz nya agak kecil. Oat berasal dari Barli. Rasulullah SAW suka makanan berasaskan bijirin.

Gandum pula agak putih dan besar sikit.

Itulah perbezaan Barli dan Gandum. :)

Wednesday, July 20, 2016

Saya beruntung lahir sebagai Muslim. Bukan kerana I am a Muslim, tapi kerana Islam itu indah

Bismillah

Seperti tajuk ~ saya rasa sangat beruntung. Islam banyak meluruskan jalan hidup saya. Alhamdulillah syukur sangat ALLAH pilih saya untuk memeluk Islam.

Biasa kita dengar ayat ni dari seorang reverted. Insan beruntung yang lahir sebagai non-muslim, kemudian mendapat hidayah & kembali memeluk Islam.

Hari ini biar saya nyatakan. Bunyi seakan pelik, tetapi memang saya banyak kali merasakannya namun jarang menyatakan syukur tersebut dengan jelas. Subhanallah setiap kali saya rasa down dan stress yang amat sangat, saya selalu rasa bersyukur saya memang telah dilahirkan sebagai seorang Muslim. Maka saya tidak perlu lagi tercari² ubat mujarab & rawatan berkesan buat hati saya. Saya hanya perlu buka AlQuran dan baca walaupun saya tidak faham bahasa Arab, sungguh bacaan AlQuran boleh membuat saya kembali tenang. Solat, menangis mengadu pada ALLAH sungguh itu sangat menenangkan.

Sesiapa yang rapat dengan saya sejak kecil, pasti sedar langkah penghijrahan saya. Saya anak yatim, emak saya meninggal sewaktu usia saya hanya 5 tahun, adik saya Lily 3 manakala Fadila baru 1 tahun lebih, mengenangkan itu saya selalu simpati pada diri sendri & adik² , namun masih bersyukur wlupun emak tiada,kami masih boleh menumpang kasih Opah Rajimah yang sudi membesarkan kami, lebih baik berbanding perlu membesar di rumah anak yatim (fikirku waktu itu).

Saya hanya mula konsisten solat sejak usia 15 itupun sebab nak PMR tahun tu. Kemudian mula pakai tudung sejak tingkatan 4 sebab mula masuk sekolah teknik. Fikirku di sekolah baru mesti mudah berubah kerana semua kawan² baru. Rupanya hijrah memang menuntut kita berubah tempat. Sayang nya ALLAH pada ku dilorongkan jalan sebelum aku faham is memang sebahagian cabang ilmu dalam Islam. Cinta hati pertama saya pun pada seorang pelajar Aspura yang setiap waktu rajin melintas blok Aspuri untuk berjemaah di surau sekolah :) Bukan jodoh, katanya dia buat² Sukakan saya kerana bimbang saya tak mampu tumpukan SPM haha sweet sangat niat nya tu :)

Saya suka solat berjemaah, namun kurang nya lelaki solat dalam famili saya menyukarkan minat saya yang satu ini. Jadi sesekali datang Tok Chu Rahim menjenguk kakaknya iaitu Opah saya, pasti saya akan bergegas amik wuduk jika Tok Chu tumpang solat dirumah Opah. Alhamdulillah ALLAH jodohkan saya dengan suami & famili mertua yang sangat komited solat berjemaah selagi ada peluang.

Hebat ALLAH beri nikmat pada saya.

Alhamdulillah... Syukur sangat.

Kebiasaannya apa saja yang saya terdetik mahu, pasti ALLAH beri samada cepat atau lambat, direct atau dalam bentuk lain yang lebih sesuai dengan situasi saya :) Alhamdulillah bila saya tersedar selepas sekian waktu, pasti saya senyum syukur kerana ALLAH selalu beri saat terbaik dalam situasi terbaik :) Terima kasih ALLAH.

Dan nikmat TuhanMu yang mana lagi yang Engkau dustakan? Diulang² ayat yang sama banyak kali dalam surah ArRahman :)

Semoga ALLAH terus memelihara Iman kami dan memberi sebanyak² hidayah pada mereka yang masih mencari. Semoga ALLAH hidupkan, matikan & masukkan kami dalam syurga firdausi dengan husnul khotimah Amin :)

Saya bukan cakap kerana saya lahir dalam agama Islam, tetapi masuklah Islam kerana hanya yang merasai akan fahami :)