Wednesday, September 7, 2016

Tips Memilih Tadika Anak Kali Pertama

Tips Memilih Tadika Anak Kali Pertama ~ dari pandangan seorang ibu biasa.

Sudah semakin hampir ke penghujung tahun, dan anda harus mula membuat keputusan tadika mana yang sesuai. Tentu lebih sukar apabila ia melibatkan anak pertama atau anak tunggal. Tiada pengalaman dan rujukan, masih juga risau jika tersalah membuat pilihan. Itu biasa bagi seorang ibu bapa yang prihatin dan mementingkan keselesaan si anak. =)


Perkara pertama yang harus anda fokus adalah kemana halatuju pembelajaran keseluruhan anak anda? Pada saya ia ditentukan niat anda mahu anak tersebut kekal di aliran Islamik, Inggeris atau Kebangsaan. Kesekolah mana anak akan didaftarkan apabila Darjah 1 kelak. Aduh bingung kan. Baru nak daftar tadika sudah perlu langkau ke sekolah rendah. Namun itulah realiti :)



Tadika adalah asas dan tapak yang kukuh memudahkan tahun pra persekolahan anak. Kenapa tadika penting, kerana untuk masuk ke darjah 1 juga sudah ada ujian kecekapan. Bagi sekolah kebangsaan, ia menentukan anak di kedudukan kelas atas atau tidak; manakala bagi sekolah swasta ia menentukan kelayakan masuk atau tidak.

Apakah senarai sekolah rendah pilihan yang ada? 
  • Sekolah Kebangsaan
  • Sekolah Islamik Swasta seperti Abim / AlAmin
  • Sekolah Aliran lain ~ Inggeris / Mandarin / Tamil
Pemilihan aliran ini sangat penting  kerana ia merupakan kelangsungan pendidikan anak sehingga ke tahun 6 iaitu penamat kepada sekolah rendah. Setelah anda membuat keputusan pilihan aliran tersebut maka pemilihan tadika yang bersesuaian menjadi semakin mudah. 

Berikut adalah beberapa panduan biasa :
  1. Silibus pelajaran ~ aliran bahasa. Jika memilih aliran Islamik harus ada Bahasa Arab asas, jawi, doa harian, hafazan dan sebagainya sebagai tambahan.
  2. Pilih lokasi yang berhampiran rumah / tempat kerja. Selain menjimatkan kos penghantaran, ia memudahkan jika berlaku kecemasan. 
  3. Guru bertauliah dan penyayang ~ pergilah tadika tersebut pada hari persekolahan untuk bertanyakan borang pendaftaran dan yuran. Sambil itu lihatlah samada anak-anak ceria atau takut, pakaian seragam menutup aurat atau tidak. Saya lakukan survey ke 2 tadika sebelum berpuas hati dengan salah satunya. Usah risau, tiada sesiapa yang dapat memaksa anda selagi belum membuat bayaran.
  4. Bajet ~ terpulang atas ibu bapa sanggup berhabis banyak mana untuk pendidikan anak. Mulakan menabung dari awal tentu saja bajet meningkat setiap tahun sama juga seperti yuran pendaftaran awal. Boleh cecah RM1000 untuk tadika swasta di tahun 2016 berbanding kakak sulong RM500 pada tahun 2012 namun berbaloi untuk dilaburkan pada pendidikan anak-anak.
  5. Elakkan bertukar-tukar tadika. 5 tahun sekolah lain, 6 tahun sekolah lain. Ini untuk memudahkan guru mengenal potensi anak dan meneruskan pembelajaran. Jika berlaku juga dibimbangi guru baru tidak tahu prestasi anak dan memulakan semula proses dari awal, yang rugi anak kita juga. Anak mungkin sukar bila terpaksa menerima guru baru dan rakan baru. 
  6. Bekerjasama dengan guru demi kebaikan anak. Guru boleh terima jika ibu bapa ada pesanan personal contoh anak saya sudah boleh menulis, mohon cikgu lebihkan membaca :)  

Sekian saja beberapa tips tersebut semoga dapat memberi manfaat kepada ibu bapa baru dan happy parenting ^_^

No comments: