Saturday, August 29, 2015

Memahami Asthma dan Eczema dari kaca mata seorang Emak

Memahami Asthma dan Eczema dari kaca mata seorang Emak


  • Anak anda semput? Atau asthma? 
  • Sama kah semput dan asthma atau berbeza?
  • Anak anda disahkan pakar kulit sebagai eczema?
  • Atau anda sendiri adalah penghidap eczema?


Anak syurga saya yang ke 3 Nur Zareen Yusrina bermula dengan asthma intermittent ~ hanya sesekali sejak kecil dia akan semput. Kebiasaannya bila cuaca berubah, musim demam, dia juga akan mula batuk dan semput. Biasanya jika batuk dia terkawal, tidak melarat cepat sembuh maka terselamat dari semput. Namun jika batuknya melarat 4 ke 5 hari pasti dia akan semput dan kami harus mendapatkan 'nap' dari klinik panel berhampiran tempat syarikat ayahnya bekerja. 

Keadaan ini berlarutan sejak usia nya 2 tahun mungkin hingga kini baru masuk tadika 5 tahun. Ketika itu tidak saya ambil serius kerana Alhamdulillah masih terkawal tahap asthma nya. Namun adakala sering juga dimarahi doktor kerana mengambil masa yang lama untuk membawa ke klinik bagi mendapatkan 'nap' iaitu bantuan pernafasan. Pernah juga Dr Gul sehingga tahap menyarankan kami menyediakan bekalan mesin nap yang berharga RM300 untuk disediakan di rumah untuk nap bila perlu. Pernah juga kami diingatkan dengan ancaman maut sekiranya lambat membawa dia ke klinik dan sebagainya. 

Sebagai ibu bapa, bukan kami tidak risau. Namun bila teringatkan kembali keadaan adik saya Lily yang sejak kecil menghidap asthma, saya jadi agak keliru. Mungkin waktu itu kami ini hanya anak yatim yang dibesarkan oleh opah, maka kemudahan untuk ke klinik juga kurang, maka Lily mampu bertahan hingga kini. Saya ingat lagi Lily sehingga tahap tidur duduk, nafasnya sangat kuat sepanjang malam. Hingga hampir tak terjangkau untuk menyedut nafas berikutnya. Begitulah dugaan yang harus Lily terima. Kami adik beradik waktu itu hanya mampu melihat saja. Mungkin sebab itu saya menganggap semput adalah biasa. 

Setelah beberapa kali bertemu pelbagai jenis doktor, saya mula belajar menerima hakikat anak ke 3 saya benar-benar menghidap asthma. Namun bersyukur asthma tersebut bukanlah di tahap kronik dimana dia hanya berlaku sekali sekala apabila cuaca berubah atau jerebu teruk dan batuk dan demam yang melarat. 

Kali terakhir Yusrina dimasukkan ke wad adalah pada bulan Feb 2015. Itupun sebab kami di kampung Tapah. Yusrina batuk, sedangkan ubat semua di Ipoh. Memandangkan esoknya hari ahad, malam itu kami bertahan. Tidur pun tidak lena menanti hari esok. Yusrina batuk berlarutan, tidur juga sudah meniarap. Dada berombak kuat, itu semua tanda perlu nap. Esoknya tanpa membuang masa kami pulang ke Ipoh dan terus menuju ke Meru Perdana namun kecewa kerana tutup. Ini bukanlah klinik panel namun saya rasa ia serasi dengan Yusrina. 

Dengan niat hanya untuk dapat nap, kami singgah ke Klinik 1 Malaysia Meru Raya. Disini kami dinasihatkan oleh MA untuk ke Kecemasan Hospital Ipoh. Inilah kali pertama Yusrina dibawa ke klinik kerajaan dan hospital kerajaan. Sebelum ini bukan tidak percaya dengan perkhidmatan kerajaan, namun untuk mengelak queue yang terlalu panjang dan masa yang terlalu lama, tambahan pula kerana ada panel dari syarikat. 

Di kecemasan, seperti dikhabarkan MA tadi (yang katanya pernah berkhidmat selama 10 tahun dalam kecemasan sebelum ini ~ kanak-kanak dan warga emas diutamakan) Yusrina terus dibawa untuk nap, sangka kami cukup sekadar nap 1X. Namun mungkin sebab lambat membawa ke klinik, perlu dos yang lebih tinggi untuk sembuh sediakala, nap lagi kaki ke 2. Biasalah di klinik juga pernah nap hingga dos ke2. 

Namun Doktor belum berpuashati dengan keadaannya. Mahu dimasukkan ke wad? Sebagai ibu saya masih sangka seperti biasa, apabila pulang makan ubat akan ok. Namun doktor bertegas, panggil doktor pakar, doktor pakar juga bertegas. Akhirnya selepas perbincangan suami isteri, sebagai ibu ayah, mungkin disebabkan kami tidak pernah membawa Yusrina ke hospital kerajaan, maka berilah peluang untk Yusrina mendapatkan khidmat disini pula :) Walaupun saya faham Yusrina akan boring berpisah dengan adik bradiknya yang ber 4 itu, kami cuba mencari hikmah positif sebalik keadaan ini :) Maka bermula lah episod soalan sejarah kesihatan Yusrina yang panjang, dari waktu mengandung hingga bersalin dan sehingga tadika 5 tahun kenapa tidak pernah dimasukkan ke wad dan sebagainya :)

Hikmahnya bertemu Doktor Pakar dalam wad, Emak difahamkan ia adalah Inttermittent Asthma, bukan serangan sentiasa, boleh dikawal, boleh sembuh jika kena pada caranya. Membawa kepada tanda-tanda resdung juga ada. Maksudnya keadaan Yusrina sekarang boleh jadi bukan sebab asthma, boleh jadi hanya sebab resdung. Emak dibekalkan dengan carta asthma. Perlu dibawa ke klinik kesihatan berhampiran untuk temujanji seterusnya.
Sebelum pulang, Emak diberikan pam biru, perlu beli chamber untuk kanak-kanak. Yusrina nampak gembira sangat dirumah meneruskan rawatan dengan chamber. Alhamdulillah nampak sangat terkawal sehingga entry ini ditulis pada penghujung ogos, belum ada tanda-tanda serangan asthma akan bermula. Moga-moga sembuh terus ye nak :)


Dimana cerita eczema nya? Eczema dan asthma itu berkait. Maksudnya Yusrina jika tidak diserang asthma, pasti diserang eczema. OOOOooooo patutlah dia kurang asthma, dia baru saja diserang eczema awal bulan Ogos ini. Menggaru sehingga berdarah. Kena infection. 

Bila dibawa untuk rawatan eczema pasti doktor bertanya sejarah asthma. Bermula dengan klinik panel biasa Dr Gul, kami pernah berikhtiar ke Klinik Pakar Dr Noh di Jalan TAR dengan bayaran mencecah RM400 ketika itu, kami pernah ke Klinik Palani di Jalan Kuala Kangsar Ipoh. Asal ada saja berita klinik kulit yang bagus semua kami mahu cuba. Itulah ikhtiar demi seorang anak yang sangat disayangi :)

Akhirnya itulah hikmah bila Yusrina dimasukkan ke wad tempoh hari, Emak minta surat rujukan ke pakar kulit istilah hospital iailah ~ Dermatologi. Inilah hasil temujanji kali pertama tempoh hari pada hari Rabu 26 Ogos. 

Yusrina nampak bermain-main sewaktu sesi konsultasi tersebut. Main dengan kanta besar doktor di atas meja. Namun uniknya apa saja ayat-ayat doktor mampu diulangi bila balik ke rumah dengan tepat. Dia kan celoteh suka bercerita :) 

5 perkara dia ulang :
  1. Sentiasa sapu pelembap dari atas ke bawah satu arah saja, ajar dia untuk sapu sendiri.
  2. Bila panas, sentiasa ambil kain lembap lap badan
  3. Main hingga berpeluh-peluh sentiasa mandi hingga dia pandai minta mandi sendiri :)
  4. Jangan garu!!! ha ha ini ubat paling mujarab
  5. Jangan guna sabun biasa!!! Guna sabun yang tidak keringkan kulit. Hakikatnya apa sabun pun akan keringkan kulit sikit. Cukup mandi guna air biasa pun boleh. Lorrrr gitu ye :) 

Alhamdulillah, emak mulai faham, tiada ubat paling mujarab untuk asthma dan eczema. Yang ada hanyalah kawalan pencegahan berterusan. Emak dan ayah, pengasuh dan ahli keluarga semuanya harus sentiasa peka dalam persekitaran yang boleh mula triggered serangan asthma atau eczema tersebut. :) Terima kasih ALLAH atas ilmu kehidupan ini. Ambil masa 4 ke 5 tahun untuk kami faham dan redha dengan ujian Mu :)

Moga bertemu dalam next entry sangat menarik : Basic H ganti sabun mandian anak eczema insyaAllah :) Yang memang saya dah mula guna untuk Yusrina dan Hassan. Tak perlu beli mandian bayi lagi :)

No comments: