Wednesday, September 7, 2016

Resepi BAKSO Neng Luluk

Resepi BAKSO Neng Luluk

Masakan feberet Neng Lilik adalah Bakso dan Soto. Menu pilihan mudah setiap kali jamuan dan kenduri sejak ada dia. Namun adakah penyediaan nya semudah itu ^_^

Bagi saya Bakso lebih mudah disediakan berbanding Soto. Bahan-bahan lebih ringkas dan tidak terlalu banyak. Soto perlu sediakan bumbu pasti semerbak rumah jika neng mula memasak rempah soto :) Namun sayang sekali resepi sebenar Neng Lilik dah hilang sewaktu kami pindah dari Ipoh ke KL tempoh hari. Ini adalah resepi Neng Luluk insan yang memperkenalkan Neng Lilik kepada keluarga kami :)

Resepi BAKSO Neng Luluk

1. Hiris, goreng kemudian blend 
(i) Bawang Merah 10 ulas 
(ii) Bawang Putih 20 ulas 



2. Masukkan halia potong untuk tujuan hilang bau saja



3. Sambil tu rebus daging dan hiris kecil-kecil. Daging pentol pula dibelah dua. 



4.  Daun leeks dipotong pangkal. Boleh diblend sekali untuk memekatkan kuah. Lagi banyak lagi sedap. 



5. Sediakan bahan pelengkap hidangan 
(i) rebus cili padi dan cili merah
(ii) hiris daun sup
(iii) tabur bawang goreng 



Selamat mencuba :) 

2 comments:

alkoseii said...

Terbaik ������

alkoseii said...

Ni yong ye.. kiki