Wednesday, July 20, 2016

Saya beruntung lahir sebagai Muslim. Bukan kerana I am a Muslim, tapi kerana Islam itu indah

Bismillah

Seperti tajuk ~ saya rasa sangat beruntung. Islam banyak meluruskan jalan hidup saya. Alhamdulillah syukur sangat ALLAH pilih saya untuk memeluk Islam.

Biasa kita dengar ayat ni dari seorang reverted. Insan beruntung yang lahir sebagai non-muslim, kemudian mendapat hidayah & kembali memeluk Islam.

Hari ini biar saya nyatakan. Bunyi seakan pelik, tetapi memang saya banyak kali merasakannya namun jarang menyatakan syukur tersebut dengan jelas. Subhanallah setiap kali saya rasa down dan stress yang amat sangat, saya selalu rasa bersyukur saya memang telah dilahirkan sebagai seorang Muslim. Maka saya tidak perlu lagi tercari² ubat mujarab & rawatan berkesan buat hati saya. Saya hanya perlu buka AlQuran dan baca walaupun saya tidak faham bahasa Arab, sungguh bacaan AlQuran boleh membuat saya kembali tenang. Solat, menangis mengadu pada ALLAH sungguh itu sangat menenangkan.

Sesiapa yang rapat dengan saya sejak kecil, pasti sedar langkah penghijrahan saya. Saya anak yatim, emak saya meninggal sewaktu usia saya hanya 5 tahun, adik saya Lily 3 manakala Fadila baru 1 tahun lebih, mengenangkan itu saya selalu simpati pada diri sendri & adik² , namun masih bersyukur wlupun emak tiada,kami masih boleh menumpang kasih Opah Rajimah yang sudi membesarkan kami, lebih baik berbanding perlu membesar di rumah anak yatim (fikirku waktu itu).

Saya hanya mula konsisten solat sejak usia 15 itupun sebab nak PMR tahun tu. Kemudian mula pakai tudung sejak tingkatan 4 sebab mula masuk sekolah teknik. Fikirku di sekolah baru mesti mudah berubah kerana semua kawan² baru. Rupanya hijrah memang menuntut kita berubah tempat. Sayang nya ALLAH pada ku dilorongkan jalan sebelum aku faham is memang sebahagian cabang ilmu dalam Islam. Cinta hati pertama saya pun pada seorang pelajar Aspura yang setiap waktu rajin melintas blok Aspuri untuk berjemaah di surau sekolah :) Bukan jodoh, katanya dia buat² Sukakan saya kerana bimbang saya tak mampu tumpukan SPM haha sweet sangat niat nya tu :)

Saya suka solat berjemaah, namun kurang nya lelaki solat dalam famili saya menyukarkan minat saya yang satu ini. Jadi sesekali datang Tok Chu Rahim menjenguk kakaknya iaitu Opah saya, pasti saya akan bergegas amik wuduk jika Tok Chu tumpang solat dirumah Opah. Alhamdulillah ALLAH jodohkan saya dengan suami & famili mertua yang sangat komited solat berjemaah selagi ada peluang.

Hebat ALLAH beri nikmat pada saya.

Alhamdulillah... Syukur sangat.

Kebiasaannya apa saja yang saya terdetik mahu, pasti ALLAH beri samada cepat atau lambat, direct atau dalam bentuk lain yang lebih sesuai dengan situasi saya :) Alhamdulillah bila saya tersedar selepas sekian waktu, pasti saya senyum syukur kerana ALLAH selalu beri saat terbaik dalam situasi terbaik :) Terima kasih ALLAH.

Dan nikmat TuhanMu yang mana lagi yang Engkau dustakan? Diulang² ayat yang sama banyak kali dalam surah ArRahman :)

Semoga ALLAH terus memelihara Iman kami dan memberi sebanyak² hidayah pada mereka yang masih mencari. Semoga ALLAH hidupkan, matikan & masukkan kami dalam syurga firdausi dengan husnul khotimah Amin :)

Saya bukan cakap kerana saya lahir dalam agama Islam, tetapi masuklah Islam kerana hanya yang merasai akan fahami :)

No comments: