Thursday, May 12, 2016

BEZA BELAJAR DULU DAN SEKARANG

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Tempoh menyesuaikan diri adalah tempoh paling kritikal tidak kira di situasi mana kita berada. Belajar semula selepas berbelas tahun kerja juga ada cabaran nya tersendiri. Jadi sangat penting untuk kita persiapkan diri dengan "bekalan" yang secukupnya. Tentu kita tidak mahu "virus" suam-suam kuku atau hangat-hangat tahi ayam menempel pada kita. 

Namun sebelum itu, elok kita lihat sebentar apa pro and cons, apa perbezaan situasi belajar dulu dan sekarang supaya kita tak kena kejutan letrik atau kejutan budaya. Ya, memang inilah yang sedang saya hadapi, namun Alhamdulillah setakat Sem 1 ini, so far so good. Saya ambil ia sebagai cabaran asam garam kehidupan :)

  SITUASI DULU SEKARANG
1 Institusi IPTA - UTMKL IPTS - UniKL
2 Level Diploma  Degree
3 Modul pembelajaran belajar agak rilek; hanya quiz > test > final belajar agak padat dengan assignment dan presentation sebelum final
4 Kawan Sama ikut kelas dan course, hanya jika kita rajin nak tukar kelas dalam course yang sama maka jumpa lah kawan lain Lain subjek lain kelas, lain group, lain kawan sebab kes sudah transfer credit dan sebagainya. Ada kena kelas dengan senior campur course lain yang ambil subjek sama.
5 Pensyarah Semua lebih dari umur kita, sebaya atau lebih dari emak ayah kita. Tahap profesor gitu. Majoriti muda, ada yang lebih muda dari kita hehehe jadi pandailah bawa diri ye.
6 Bahasa BM English ~ sebab tu ada ramai foreigner juga
7 Bahan rujukan Sikit. Untuk satu tajuk assignment pun kena cari berminggu baru jumpa. Dalam waktu presentation pun wajib Google, kalau tak kau jadi pelik tak reti jawab soklan. 
8 Online Offline. Datang kelas tunggu sejam baru balik tu biasa.  Ada web khas mudah interaksi antara pihak pengurusan dgn students, antara lecturer nak bagitau kelas batal ke tunda semua mesej online je. Jadi lecturer bagi nota, tugasan online, atau memo awal kelas batal dan sebagainya. Hebat sekarang!!!
9 Wasap group Mana ada. Zaman Nokia 3210 time ni :) Semua ahli course atau lecturer yang rajin layan soklan students boleh berinteraksi dengan mudah
10 Final exam Cari sendiri Soalan tahun-tahun lepas online


Ok, cukup lah 10 dulu ye. Saya tak pasti apakah kerana institusi IPTA/IPTS itu, tapi saya rasa sedikit sebanyak zaman sekarang situasi tu berlaku pada semua pelajar di era ini :) Tu pendapat personal saja, salah satu dari episod kehidupan yang sedang saya tempuhi. Agak menarik berada dalam alam yang berbeza sangat ni. 

Watak saya berubah mengikut situasi dan lokasi dengan begitu cepat sekali. Pagi menjadi watak isteri, ibu dan menantu manakala tengah hari dan petang berubah menjadi kakak, anak murid, sahabat dan sebagainya. Pelik tapi menarik :) 

Mungkin jika saya belajar secara part time atau jarak jauh, rakan sekelas terdiri daripada rakan yang hampir sebaya, namun bila belajar sepenuh masa, itulah situasi yang harus diadaptasi dengan cepat. Alhamdulillah setakat ini lecturer dan kawan-kawan memberi sokongan yang baik, sentiasa bantu akak ni dalam banyak situasi :) Sem akan datang berdebar juga ntah bagaimana pula situasinya :) Apapun so interesting dan full of colours :) 


No comments: