Saturday, October 3, 2015

SEMINAR USUS SIHAT ANDA BAHAGIA

SEMINAR USUS SIHAT ANDA BAHAGIA



Seminar Simposium Ibu Bapa Moden Siri 2 ini dianjurkan oleh Jelitawan Organik. Asalnya saya berniat untuk teman adik saya Laili yang duduk di Shah Alam. Alhamdulillah banyak juga ilmu yang saya dapat dari seminar ini yang saya rasa sangat bermanfaat. Dan sebelum saya lupa dan ilmu itu sekadar tinggal di atas kertas, lebih baik saya sebarkan moga-moga ada manfaat yang dapat kita amalkan berterusan. 



Slot 1 : PENJAGAAN USUS : Asas Utama Badan Sihat

Speaker : Diana Shuwardi (Dee) ~ Natural Parenting Trainer



  • Makan dengan betul = Asas untuk sihat
  • Kita sembuhkan usus kita, kita akan sembuhkan keseluruhan sistem kita.
  • Jangan ingat apa yang kita makan tidak penting.
  • Air liur ada enzim yang menukar kanji kepada glukosa (Oral aktiviti)
  • Usus melakukan 2 proses (i) serap nutrient  (ii) buang 
Cara makan yang betul



1. Makan untuk HADAM

  • mudah hadam & mudah serap
  • makanan yang tidak hadam akan kekal dan membusuk dalam perut
  • tempoh penghadaman berbeza antara jenis makanan

(a) Air / cecair - serap dan hadam dengan serta-merta
- air masak / probiotik
- buah-buahan berair
- jus (15~20min)



(b) Sayur-sayuran (30~40min)



2. GABUNGAN makan yang betul 


3. Makan ketika SEDAR

  • tau apa yang nak masuk dalam perut kita
  • letak atas pinggan, elak bungkusan (emosi tergesa-gesa)
  • nak tambah, tunggu 10~15min baru tambah
  • minumlah dari gelas yang tinggi & tidak lebar
  • makan/minum kena duduk
  • kunyah 44x hingga tekstur makanan sesuai untuk ditelan
  • jika makanan terlalu sedap, ambil 5 suapan saja ~ 2 untuk menikmati, 2 untuk kenyang dan 1 suapan terakhir tanda mahu berhenti
  • berjalan 100 langkah selepas makan

4. Makan ikut WAKTU 
Bangun tidur minum air masak / probiotik / air lemon madu
Sarapan - Wajib!!! ~ sesuai berat & lambat hadam 
Makan tengah hari pada waktu yang tetap setiap hari contoh jam 1



Lain-lain tips dari penceramah :


  • Langgan akhbar Utusan Pengguna banyak maklumat kesihatan
  • Diet ~ perlu tahu kenapa kita ambil diet tersebut contoh Diet Bebas Gluten, Diet Karbo, Set Diet Shaklee hehehe 
  • Cangkung ketika buang air besar - Squatty Potty (angkat kaki 45 darjah)




------.....-----..... ~~~.... ------.....-----..... ~~~.... ------.....-----.....


Slot 2 : PROBIOTIK 101

Speaker : Nik Iza Nik Din ~ N4Natural Founder



Slot ini saya rasa secara peribadi saya perlu cari maklumat lebih banyak lagi. Namun secara umum apa yang saya faham adalah :



Probiotik = Bakteria baik : Pathogen = Bakteria buruk 
Nisbah dalam badan 9 : 1



Dalam sistem badan, badan kita macam satu medan pertempuran yang besar. Setiap hari bakteria dalam badan berperang antara yang baik dengan yang jahat. 



Probiotik ni macam askar dalam badan. Walaupun kita bekalkan badan kita dengan senjata yang canggih (contoh makan vitamin dan supplements) tetapi askar tersebut sendiri perlu cukup sihat dan kuat baru dapat berperang dengan baik dalam mempertahankan badan. Bila badan sakit, kita perlu bekalkan latihan yang cukup kepada probiotik untuk meningkatkan sistem imun bagi melawan dan membunuh bakteria jahat. Bila nisbah bakteria tu kembali normal, baru badan kembali sihat :) 



Jenis makanan probiotik : Pisang (kecuali Dole atau yang cantik-cantik), Bawang, Asparagus, Tomato, Bawang Putih (crash dulu, biar sebentar baru masak) dan banyak lagi



Prebiotik = baja kepada probiotik



Tips lain :

  • Merokok membunuh bakteria baik
  • Antibiotik tidak bagus untuk anak bawah 6 bulan, ia boleh membawa kepada masalah lain selepas itu seperti allergi, asthma & obesiti. 
  • 1 makanan utama, waktu makan paling baik selepas asar ---- sebelum maghrib. 
  • Stevia sangat bagus jika anda diabetic. 
  • Jika anda amalkan probiotik, anda tidak perlu lagi ambil stevia. Teori 6 - 4. (badan menggil kurang gula)
  • Puasa 3 hari berturut-turut atau ikut sunnah Isnin & Khamis
  • Power nap sebelum zuhur
  • Minuman probiotik elok ambil masa perut kosong. Perut takde angin. 


Istilah baru bagi saya, yang perlu lebih cari maklumat : Kambucha, Kafeir, Makanan Organik

Maaf, jika berminat silalah cari maklumat dari yang pakar. Ilmu ini cukup sekadar pengenalan pada saya :)



------.....-----..... ~~~.... ------.....-----..... ~~~.... ------.....-----..... 


Slot 3 : JUICING for Health

Speaker : Nai'la Zakiyah M Ariffin - Juicing Therapist




U R what U eat


6 Keperluan asas Nutrisi yang diperlukan badan kita untuk berfungsi secara optimum :


1. CARBO : jenis simple / complex
Contoh silple : nasi putih, roti putih, buah-buahan
Contoh complex : beras perang, roti whole meal 

###Tips : Bagus makanan karbo yang Glisemic Index (GI) rendah

2. PROTEIN : haiwan / tumbuhan 

###Tips : lebih baik dari tumbuhan supaya elak overload dalam sistem badan

3. LELEMAKhaiwan / tumbuhan (kekacang mahal macam almonds)
~ keperluan 5 gm setiap hari
~ badan tidak boleh hasilkan sendiri, perlu dimakan

###Tips : otak perlu Omega 3 sebagai makanan supaya dapat berfungsi dengan baik 

4. VITAMIN & MINERALS = penting supaya sel-sel badan dapat berfungsi dengan baik ~ keperluan 1 gm setiap hari 

5. SERAT = bantu usus untuk push ~ keperluan 25.35gm setiap hari 

6. AIR = 2 liter sehari sekurang-kurangnya

###Tips : Badan kita perlukan kalsium, bukan susu


4 Organ dalam badan buat perkumuhan
1. KULIT
2. BUAH PINGGANG
3. JANTUNG
4. USUS


JUICING
BUAH-BUAHAN : Tinggi gula, Tinggi serat, Rendah mineral
SAYURAN : Rendah gula, Tinggi serat, Tinggi mineral


Mula dengan 90% buah-buahan, 10% sayuran
Bila perut dah biasa akhirnya 10% buah-buahan, 90% sayuran


1200 kalori untuk bakar


Resepi minuman 1 : Capsicum + Carrot + Epal Hijau

Resepi minuman 2 : Kubis (kubis ungu lebih bagus)

Caranya : rendam 10-15min semua bahan dalam air (1liter)  + cuka (5 ke 6 tutup botol) 

atau air + lemon 1 biji


Minyak zaitun bagus, boleh diambil bila-bila masa, paling bagus makanan sunnah, makan dapat pahala. 


Detox


Chia Seeds tahan sehingga 250degree

------.....-----..... ~~~.... ------.....-----..... ~~~.... ------.....-----...... 


Kesimpulan seminar ni sangat bagus untuk kita lebih faham sistem badan kita, pentingnya kita kenal apa yang kita makan dan macam mana sesudah ia masuk dalam badan kita :) Pentingnya kita faham sistem percernaan dan sistem perkumuhan badan :)


Saya memang minat sains badan kita. Ternyata ilmu tidak pernah terhenti. Tuntutlah hingga ke liang lahad :) Jangan tengok pada siapa yang sampaikan ilmu tersebut, tengok pada kandungan ilmu yang disampaikannya. Namun jika anda perlukan maklumat tambahan bagus untuk anda hadir seminar ini dan carilah melalui pembacaan. :)


Moga bermanfaat dan bertemu di lain entry :) 


Jika berminat nak makan vitamin dan makanan tambahan dari Supplements Shaklee, nak set cuci usus pun boleh hubungi saya seperti di bawah :) 


✍ PM: https://www.facebook.com/messages/Rosez RJ
Blog: http://www.rosezrj.blogspot.com
✉ Email: rosez.rj@gmail.com 
✆ SMS/WhatsApp: 012-6866156 
➲ COD Area: Ipoh, Bandar Meru Raya, Manjoi, Silibin, Chemor, Tasek, Klebang, Kg Tawas, Kg Simee, Ipoh Garden dan sekitar Ipoh.


2 comments:

Mama Khyranaeems said...

Tq atas perkongsian ilmunya.. :)

Mama Khyranaeems said...

Tq atas perkongsian ilmunya.. :)