Monday, November 23, 2015

Sahabat dan Ukhwah yang indah - Dari anak merapat ke Emak

Bismillah. Entry kali ini tentang sahabat dan ukhwah yang indah - Dari anak-anak merapat ke Emak :)

Saya jarang ada sahabat perempuan yang betul-betul rapat, ada pun kebanyakan jauh antara negeri dan melangkau kawasan. Namun sejak kebelakangan ni saya mula perasan ada 3 orang yang saya mula rapat asbab dari anak-anak yang sebaya dan sama kelas. 


Saya mulakan dengan Kak Murni (Puan Rothiah) Ibu kepada Salwa. Salwa ni teman baik anak saya Zahra Iman dari Tadika Baiduri. Terutama waktu sukan tadika ada acara untuk ibu-ibu buat satu team kemudian Cikgu Nor Pengetua Tadika rajin juga buat majlis baca yassin, diikuti dengan majlis konvo.Tadika Baiduri rajin juga hantar anak-anak join pertandingan mewarna di Mydin. Alhamdulillah beberapa tahun dari 2012 hingga 2015 ni, kami sering bertemu asbab urusan anak-anak. 

Saya admire watak keibuan yang Ibu Salwa ada, tenang, matang... mungkin kerana beliau seorang Ustazah di SK Manjoi II, watak itu terserlah menjadi mudah untuk mesra dan didekati walaupun nampak macam senyap, tapi ramah orangnya :)


Ditakdirkan Salwa, Zahra Iman dan Shafika dari Tadika Baiduri bersambung ukhwah mereka satu kelas di Sek Ren Islam Al-Ummah, 1 Amanah dan 2 Hidayah. Satu tamparan hebat buat saya untuk menerima perpindahan sekolah Shafika, kemudian masuk darjah 2 teman sejiran Puteri pula pindah sekolah ke Johor. Puas juga melayan soalan dan memujuk Zahra Iman waktu itu. Saya cuba ingat teman Darjah 1 yang saya masih contact hingga hari ini :) Cik Puan Aida Mazreena. Siapa sangka rupanya Zahra Iman pula bakal berpindah sekolah. Bertabah ye Salwa, Acik Rosez pun sayang kamu macam anak Acik Rosez juga :) Moga-moga ada rezeki jumpa lagi Zahra Iman dalam Kem Ibadah / Kem Solat / Kem Motivasi :) InsyaAllah Zahra akan selalu pulang Ipoh. 


Sahabat emak yang kedua Puan Nora Ibu Iliyana Hanni. Kali ni bersahabat mula dari Seri AlUmmah. Lebih unik sebab Ayah-Ayah sama tempat kojer di MEMC. Pastu masuk tahun kedua lebih rapat sebab adik-adik sama kelas 1 Tabligh Amirul Zakwan dan siapa ke nama boy ni Arif kot huhuhu sorry Ibu Nora lupa pula Emak Rosez ni. Kemudian tiap-tiap petang Emak amik anak-anak, mesti ada Hanni join berkawan dengan anak berdua ni kat kantin. Kemudian nak hujung tahun ni kami pakat daftarkan sekali diorang dalam Bengkel Bijak Sifir di Masjid Sultan Idris Teknik Roya. Cuma masa ihtifal Hanni dapat Anugerah Bahasa Arab terbaik emak tak dapat join sebab sama hari dengan konvo kak chik kat Hotel Seri Msia. Kalau tak dah bergabung lagi kami hari tu :) 


Sahabat yang ni pula Puan Norfarah Ibu Eisya juga dari 2 Hidayah. Lebih special sepatutnya sebab sahabat dari bujang masa emak kojer kilang kat Finisar dulu hehehe tapi lost contact sekejap sebab emak masuk kojer gomen. Kemudian Ayah Amam pun ex-Finisar sama ngan Ayah Eddy yang sempoi tu. Masa hari kantin AlUmmah bebaru ni lama juga lah borak kami ibu bapa ni. Dah anak-anak sekelas ni baru emak-emak rapat semula :) Itulah indahnya bersahabat asbab dari anak-anak. Merapatkan kembali yang dah lama jauh. 

Didoakan moga-moga ukhwah emak-emak, ayah-ayah dan anak-anak ni membawa ke syurga. Moga panjang jodoh bertemu kita dilain aktiviti dan masa. InsyaAllah :)


No comments: