Wednesday, September 30, 2015

Wasiat buat yang ditinggalkan

Wasiat buat yang ditinggalkan

Bismillah Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Akhir-akhir ini sejak kejadian kren runtuh di Mekah; kemudian kejadian rempuhan di Mina... Daku kerap juga terfikir kan persoalan ~ bagaimana aku akan mati? Bagaimana pula bila tiba saat daku nanti? Tempatnya dimana? Caranya bagaimana? Semua orang akan menemui mati. Antara frasa yang glamor dan sering aku saved dalam minda soal mati adalah :


  1. Mati adalah saat pertemuan dengan Tuhan yang kekal abadi, Pencinta paling Agung yang cintaNya tiada tandingan paling hebat; jadi mengapa harus ditangisi mati? Ibarat mahu berjumpa kekasih hati, begitulah kita sepatutnya excited hahaha tapi mengapa masih ada takut dan gentar bila bab mati terlintas di fikiran dan hati? 
  2. Kehidupan ini hanya sementara, bakal ditinggalkan menuju alam yang kekal abadi. 
  3. Beruntunglah orang yang beruntung di dunia lagi beruntung di akhirat. Rugilah orang yang muflis lagi rugi di akhirat nanti bilamana habis semua amalnya dibayar sebagai ganti selepas hisab.  
  4. Bayang kan di akhirat nanti kita berhimpun di hadapan Allah, kemudian malaikat menyerahkan buku amalan kita dengan tangan kanan, tetapi ALLAH suruh dilemparkan saja buku amalan tersebut walaupun buku itu penuh dan sarat dengan amal kebaikan? Rupanya amalan kebaikan itu tidak ada satu pun yang IKHLAS LILLAHITAALA? Nauzubillah
  5. Kita tidak akan mampu memenuhi redha manusia; manusia itu ramai, ada yang suka, ada yang benci.... Sedangkan REDHA ALLAH itu hanya DIA TUHAN YANG SATU lagi Maha Penyayang.... Carilah redha ALLAH..... dalam setiap perkara yang kita lakukan. 
  6. Daku sedang belajar IKHLAS Ya ALLAH 


Buat anak-anak syurga emak yang berempat

Sewaktu kalian masih kecil, emak selalu berdoa ~ Ya Allah kasihanilah anak-anakku. Panjangkan umurku dan umur suamiku semoga dapat kami besarkan mereka dengan penuh kasih sayang. Jangan biar mereka menerima nasib yang sama seperti aku, membesar tanpa kasih sayang seorang ibu dan ayah yang sempurna. Terpaksa menumpang kasih sayang dan simpati orang lain. 

Saat ini bila kalian semakin besar, emak berdoa ~ Seandainya sudah tiba saat Emak harus pergi meninggalkan dunia ini, Emak mohon semoga Allah memberi perlindungan yang terbaik buat kalian. Emak yakin ALLAH akan mengatur dengan sebaiknya kehidupan kalian. ALLAH itu Maha Hebat. Dia Maha Tahu apa yang terbaik untuk kehidupan kita. Andainya Emak pergi, Emak yakin akan ada ahli keluarga yang akan membantu membesarkan kalian dengan sebaiknya insyaAllah, seperti mana yang telah Allah beri pada kehidupan emak :) Walaupun arwah nenek Robiah meninggal masa usia emak 5 tahun, Alhamdulillah arwah Onyang iaitu Opah emak sudi membesarkan kami. Walaupun tidak sempurna seperti anak-anak lain Alhamdulillah sekurangnya masih ada keluarga dan tidak perlu duduk di rumah bantuan anak yatim. Hikmahnya banyak, kena selalu sangka baik dengan takdir ALLAH. Adakala kita tidak nampak saat itu, mungkin selepas satu tempoh yang lama baru kita akan nampak. Saat itu bersyukurlah kita masih punya iman dan ALLAH sentiasa memimpin kita :)

Buat suami yang tersayang

Terima kasih pernah membahagiakan daku, sudi bersabar dengan daku is'one' mu. Semoga beroleh bidadari Syurga :) No words can describe how much i am thankful for this jodoh. Alhamdulillah :) Maafkan daku tidak mampu menjadi isteri yang sempurna. Daku sering berdoa moga ALLAH jadikan daku isteri yang cekap dan lemah lembut dan penuh dengan kasih sayang, Smoga ALLAH jadikan daku ibu yang cekap dan penyabar dan penuh dengan kasih sayang, pengurus rumahtangga yang hebat.... Aamin.... Aku hanya insan yang setiap hari berazam menjadi lebih baik dari semalam insyaAllah :) Aamin... 

Buat ibu bapa mertua

Terima kasih diatas kasih sayang sebagai mertua yang hebat. Terima kasih sudi menumpangkan kasih dan sentiasa memahami anakandamu ini walau adakala anakanda gembira, adakala mood swing-swing sadis...Huhuhu Ampunkan Anakanda atas segala dosa dan salah silap. Daku bersyukur ditakdirkan jadi menantu sulong, Alhamdulillah puas dapat bermanja dengan kalian :) Semoga kalian diberi sebanyak-banyak nikmat dunia sampai akhirat insyaAllah. Doakan anakanda :)

Buat adik beradik, ahli keluarga, teman dan sahabat yang mengenali

Terima kasih pernah mewarnai kehidupan daku. Moga kita semua dihidupkan dalam husnul khotimah, mati dalam husnul khotimah dan masuk ke dalam syurga firdaus tanpa perlu dihisap Aamin. Ampunkan salah silap dan dosa ku........ aku hanya insan lemah lagi tidak berdaya

Malam 1 Oct 2015 * Jam 1 pagi

No comments: