Saturday, August 22, 2015

Krim yang harus sentiasa ada kat rumah

Krim yang harus sentiasa ada kat rumah

Wah... Krim apakah itu yang harus sentiasa ada di rumah? Kalau tanya saya tentulah krim Herbal Blend dari Shaklee ni. Sebab apa? Sebab inilah krim yang selalu sangat ibu-ibu baru berpantang, ibu baru bersalin akan minta kita COD ke rumah. 



Kita pun faham baby yang baru lahir kebiasaannya akan terkena ruam kecil di pipi. Adakala sampai merah. Puas lah si ibu lepas menyusukan lap dengan tuala lembap, lap dengan tisu basah, namun ruam-ruam kecil ni masih nak menjenguk juga. Anak saya pun 4 orang semua macam tu. Adakala sedih juga si ibu baru terasa seolah tidak pandai menjaga anak; tentulah fasa awal kelahiran si ibu dan anak sama-sama sedang belajar dalam alam baru :) Alam keibubapaan. Alam keduniaan. Sebelum ni dalam rahim elok terjaga, bila keluar dengan habuk, dengan bahan-bahan kimia yang mungkin kita tidak sedar telah merengsakan kulit anak. 

Sebab itu petua orang tua-tua selalu sarankan usah dipakaikan anak dengan bedak mahupun losyen seawal kelahiran sehinggalah kita yakin kulit anak sudah agak sesuai untuk dicuba wangian dan bedak-bedak talkum tersebut. Walaupun si ibu sangatlah ingin anak comel nya wangi dan harum semerbak. Bau bayi  asli lebih harum, sebab itu ramai ibu lama yang anak sudah besar-besar suka sangat mengusap pipi bayi yang halus tu.

Kebiasaannya ruam ini tumbuh di bahagian pelipat seperti bawah tengkuk, bawah lutut. Jika eczema yang teruk boleh juga menyerang siku, bahagian peha dan belakang badan. Kulit akan terasa kasar dan agak bersisik. Namun jika ditakdirkan sudah ruam, usah risau kebiasaanya bila usia bayi mencecah 3 bulan semuanya akan kembali pulih seperti sediakala. Kulit bayi sudah semakin lasak dan serasi dengan persekitarannya.


Saya suka juga nak sarankan penggunaan krim Herbal Blend ni yang sudah terbukti pada beberapa pelanggan saya yang sudah cuba pada kulit bayi dan anak mereka yang mengalami ruam dan eczema. Jika ibu-ibu mahukan krim semulajadi tanpa paraben boleh lah cuba dahulu sebagai ikhtiar :) Untung-untung boleh serasi dengan kulit anak anda :)

Setakat ni maklum balas yang diterima semua berpuas hati dan bersyukur kulit anak mereka sembuh segera selepas beberapa hari sapuan nipis secara berterusan. Rengsa akibat ruam surut dan bintik-bintik kecil tidak lagi tumbuh. 

Namun jika ruam berterusan haruslah segera dibawa berjumpa doktor. Mungkin tahap rengsa anak anda perlukan krim yang ada steroid dan antibiotik dibawah pengawasan doktor. Ini berdasarkan pengalaman anak ke 3 saya yang masih meneruskan rawatan kerana eczema nya perlu dipantau sentiasa. Itu dah masuk bab lain pula :) Kulit istimewa :) 

Selamat menempuh alam keibubapaan buat ibu bapa baru :) 

Saya SID Pro anda sekitar Ipoh dan kawasan sewaktu dengannya :)

✍ PM: https://www.facebook.com/messages/Rosez RJ
Blog: http://www.rosezrj.blogspot.com
✉ Email: rosez.rj@gmail.com 
✆ SMS/WhatsApp: 012-6866156 
➲ COD Area: Ipoh, Bandar Meru Raya, Manjoi, Silibin, Chemor, Tasek, Klebang, Kg Tawas, Kg Simee, Ipoh Garden dan sekitar Ipoh.

No comments: