Saturday, February 28, 2015

TRIP PERCUTIAN FAMILI #1 : 2015 ~ Hotel Swiss Inn, Sg Petani

Bersiaran dari Hotel Swiss Inn Seberang Perai, Palau Pinang.

1 Mac 2015 ~ 3.09 am.

Alhamdulillah syukur pada ALLAH SWT segala puji-pujian selayaknya kembali kepadaNya Tuhan Yang Maha Esa Maha Penyayang. Segala nikmat yang telah Engkau berikan semoga menambah rasa syukur dan taqwa didalam hati-hati, jiwa dan roh kami Ya Allah.

Alkisah trip family kali ni aku put as #1 for 2015 untuk family Ipoh. Kalau untuk family Sri Gombak #1=Umrah dan Ziarah Taif last Jan 2015 yang lalu.

Trip Penang ni bersamaan dengan aktiviti silat cekak Hanafi incik Kanda NZ Akmam. Tetiba dia sebut nak bawa anak-anak pergi hotel J Alhamdulillah dapat suami & abah type family man ni J Like father like son a.k.a like Ayahanda Hj Abdul Wahab juga anaknya ni suka bawa anak4 & famil bercuti. Alhamdulillah syukur pada ALLAH yang telah mempermudahkan urusan trip percutian kali ni. Terima kasih Kanda atas trip yang santai & rilex.

Keseronokan bercuti kat hotel ni bermula dari AbangNgah Amirul Zakwan yang seronok sangat dapat pergi hotel masa Konvo Tadika dia 6 Tahun kat Hotel Seri Msia, Ipoh. Lepas tu dia sebut selalu sangat lepas ni kita pergi hotel lagi bla bla… Anak lain pun suka juga tapi AbangNgah ni very obvious le. Since konvo BangNgah sangat cemerlang jadi kita parents ni otomatik rasa nak gembirakan anak4 tu ada. Moga-moga berkat dari gembirakan anak4 tu ALLAH beri rezeki lebih lagi buat Emak Abah untuk bawa anak4 travel lagi dan ALLAH beri anak4 semangat untuk terus sukses terus maju dalam kehidupan depa. InsyaAllah.

Emak sentiasa berdoa moga ALLAH SWT memakbulkan hajat Emak supaya memberi kebijaksanaan pada anak4; Nur Zahra Iman, Ahmad Amirul Zakwan, Nur Zareen Yusrina, Ahmad Hassan Zafri, supaya jadikan anak4 emak ni anak yang soleh solehah, baik akhlaq, elok budi pekerti, rajin baca AlQuran, bijak hafal AlQuran, rajin pergi sekolah, bijak pandai, disayangi Cikgu2, kawan2, ahli keluarga seluruhnya dan diberi kesihatan yang baik. Semoga dimuliakan ALLAH SWT dari dunia smpi akhirat insyaAllah Allahumma Aamin.

Hari tu Jan dapat kesempatan bawa anak4 ke Hotel Riverfront Ipoh ada program Shaklee meraikan leaders naik rank. Since Emak memang dah dapat seru untuk aktif bisnes Shaklee jadi emak rasa seronok sangat nak meraikan teman baik kat UTMKL dulu Cik Puan Tinie Badri dapat award. Masa tu tak faham langsung pasal award Shaklee ni ~ just niat nak meraikan kan kawan je. Alhamdulillah rupanya nak jadi jodoh jumpa sahabat baik dunia akhirat buat kali pertama Cik Puan Eqin @ nama glamor dia Fitriyatul Asyikin. Eh apasal masuk cerita Shaklee ni hehehe. Rezeki anak4 dah 2X dapat pergi hotel tahun 2015.

HOTEL ~ apa yang best sangat dengan hotel ni? Walhal sekarang dah trend bercuti stay kat Homestay. Lebih murah kos rumah berbanding kos bilik je hotel ni. Tanya bangngah dalam kereta on the way dari Ipoh semalam, berjela bangngah & kakak senaraikan, comellll je dengan slang anak2 diorang tu kan : Apa yang seronok hotel tu bangngah?
  1.       Hotel cantik
  2.       Ada kolam renang
  3.       Ada makan sedap
  4.       Ada bilik air cantik
  5.       Ada katil lembut

Seronok  layan celoteh dema. Kalau macam tu lepas ni bangngah berenti lah beli mainan le keropok le, boleh emak simpan duit untuk cantikkan rumah kita macam hotel kan. Yang memang dah lama sangat emak pasang angan nak deko rumah ni.

Apapun terima kasih kanda, syukur atas rezeki, semoga ada banyak lagi family trip tu come lepas ni. Ok layan gambo dulu. *** will up later, line hotel ni mcm siput. Emak up crita dulu eh. Boleh kan :)

Hotel ni memang best lah kolam renang dia. Kolam yang cepat redup. Walaupun cuaca panas sekarang ni tapi sebab kolam dia redup dilindungi bayang bangunan hotel dia, so seawal jam 4.30 petang dah boleh mula rasmi kolam dah hahaha.

Dema (short form untuk diorang dalam slang Perak=means anak-anak semua) dah puas meloncat2 dalam bilik, emak dengan neng pun dah penat. Dengar tone suara makin kuat menjerit2, so emak decide turun awal dalam jam 4 ronda2 sekitar hotel. Tengok lobby, tengok café. Kadang2 ada kedai survinior tapi hotel ni takde. Baru jalan2 dema dah bosan, ajak naik hotel le lapar le ada je le akal dema kan hehehe. Berjaya juga le dema pow emak Aiskrim Magnum je yang ada kat Café ni cecah harga RM5 untuk 1 Magnum Classic haha. 4 orang RM20 untuk aiskrim saja hahaha layannn. Neng beli air tin sprite sebu perut berangin kot neng tak berapa tahan trip perjalanan jauh, 1 tin tu je cecah harga rm6. Pengsan!!! Layan kan je J Sekali sekala.

Lastnya mandi dari jam 4 sampai 7. Memang best. Dari orang takde sampai penuh kolam. Ingat kot nak tunggu abah Mam habis persidangan jam 6 katanya. Jangka jam 630 boleh tiba join anak4 mandi kolam. Selalu abah Mam ni agak excited juga bab berenang-renang ni. 645 tak tiba, emak pun angkut semua anak4 balik hotel J

Kesian naik hotel lapar. Selalu ada je bekal jajan tapi kali ni takde pula singgah memana tadi. Sementara tunggu abah Mam balik dapat kunyah kacang dan adale jajan anak4 sket.

Malam abah Mam ajak jalan kaki je makan area hotel ni. Memula emak expect macam warung gitu. Sekali dari jauh nampak penuh orang ramai kat restoran depan tu. Hotmas Restoran. Alhamdulillah memang sedap sangat. Nasi goreng, mee goreng memang sedap. Emak order burger daging jumbo pon sedap. Sampai Neng excited tapau Chicken Chop bawa balik hotel hehehe bila nak makan nyer tu. Size portion nasi dan mee dia boleh kongsi berdua. Burger emak macam burger banjir sos mayonis dalam dia penuh pinggan J Strongly suggest untuk siapa yang travel ke Sungai Petani ni J

Tapi 1 je tak best hotel ni. Line Wifi teruk le. Emak nak update blog nak transfer m2u pun susah. Kena area pool, area lobby baru dapat online hmmm L Esok le baru dapat up citer ni.

Itu saja buat masa ni. Jumpa lagi on next trip insyaAllah J



No comments: