Thursday, April 17, 2008

Cik Tim ohh Cik Tim

Cik Tim ohh Cik Tim... Cik Tim yang Nyah kenal, aktif dan berani orangnya. Kemana pergi disayangi orang Alhamdulillah. Hingga dinobat guru sbg Tokoh Pelajar. Hingga dinobat rakan sbg Presiden2 kelab. Pada Nyah org memandangmu tinggi, sentiasa katamu diikuti dan peribadimu dihormati.

Tapi sayang... kenapa tiap kali bila melibatkan hal dalam famili, kamu sering hilang arah tujuan. Sering salah membuat pilihan. Hingga kami melihatmu ibarat lalang. Adakah kerana dirimu mawar bongsu abah maka kamu sering memberontak dan membantah? Adakah kerana yatim piatu kita kamu jadi begitu hilang pedoman, terlalu bergantung pada orang lain untuk menunjukkan jalan dan panduan? Atau adakah kerana kami terlalu mengambil berat maka pandangan kami bukan yang terbaik buatmu?

Matang lah sikit dalam membentuk dirimu adikku. Maaf, sejak akhir2 ni Nyah sering berasa kecewa dgn semua tindakanmu. Kamu sering bertanya kembali ntah apa yg kamu inginkan atau cari??? Hingga Nyah jadi keliru, kenapa kejauhan yg jadi alasanmu sedangkn telah Nyah nasihati awal2 dulu. Kenapa patah semangat yang jadi launganmu sedangkan kamu yang memilih utk kesitu???

Utamakanlah yang lebih utama adikku atau Nyah bimbang kamu akan tercicir dari rakan2mu. Ingatlah "Sesudah kesusahan ada kesenangan" : Surah Al-Insyirah. Tumpukan matlamat dan tujuan kembali keasalnya, ingatlah kembali kenapa kamu kesana tidak lain dan tidak bukan selain utk segenggam ijazah yang baik... Sbb kamu mmg mampu. Jangan sia2kannya dik. Jangan sia2kan... Bukan mudah untuk berjaya, tapi bukan mustahil. Mereka yang berjaya adalah mereka yang kenal diri sendiri dan tidak mudah dipengaruhi oleh persekitaran.

Ikhlas,
~Mawar tengah Abah~

No comments: