Meragam???
Masa anakanda 11 bulan emak dah decide nak send anakanda kat pengasuh lain. Sbb Onyang asik demam lately, jadi emak pun rasa tak sronok nak tambah beban Onyang. Ibarat Onyang sakit pun emak masih nak susahkan Onyang. Tulang 4 kerat Onyang dah tak segagah dulu sewaktu membesarkan emak, sejak kematian opahmu. Dah langkau 3 generasi anakanda... Kita patut boleh faham sendiri.
Tapi sayangnya waktu tu anakanda meragam. Macam tau2 je plan emak. Lepas emak cuti 2 hari, Onyang pun makin sembuh, maka hasrat tu dibatalkan dulu. Onyang pun takut nak izinkan hantar kat pengasuh baru takut dia tak tahan dengan ragam anakanda.
Kemudian ragam anakanda dah kurang, Alhamdulillah, mungkin sbb kami tukar susu dari susu Dulac ke susu Bebelac. (mahal sket of coz hehee sbb purposely utk perut mulas :p)
Tapi pun tak lama sgt, bila anakanda nak dekat genap setahun, Onyang demam lagi. Kali ni makin teruk. Demam Onyang berulang2. Since kerja pun asik on-off, emak nekad, cuba hantar anakanda kat sepupu abah. Start hantar khamis, masa 2 hari yg mula tu ok le. Lepas je cuti sabtu,ahad, the next monday mula anakanda dah xmau tinggal. Nangis masa mak mula hantar. Kira tu minggu kesedihan le.
Anakanda mogok. Tak mau makan le, tak main, siap benjol hitam besar kat dahi sebab anakanda terjun buaian. Alahai sayu nya hati emak. Onyang siap marah2 lah. Masa tu dah le Onyang terbaring je. Onyang sampai nangis tgk anakanda lebam. Dia rasa bersalah sbb dia dah tak larat anakanda yang terima padahnya.
Khamis sbb emak kena keje outstaion ke Grik, abah yang hantar dan amik anakanda kat rumah pengasuh tu.
Ptg tu abah dah ckp, kesian kat sepupu dia, anakanda meragam. Pagi jumaat tu emak try hantar lagi. Tapi emak pun dah tak sedap hati, but since it was last day kerja for that week, emak sabarkan juga. Bila balik keje SAH, dia dah tak larat nak jaga anakanda sbb anakanda mogok tu.
Then terpaksa le rela Onyang jaga semula. Walaupun emak tak sedap hati. 2 minggu berikutnya, Farah pula dihantar ke pengasuh lain. Tapi Farah ok je. Sampai sekarang.
Emak tak kisah kalau anakanda meragam dengan emak je. Tapi bila dengan Onyang pun anakanda mcm tu, emak sedikit susah hati. Tambahan pula insyaAllah bulan depan adik anakanda nak lahir. Macam2 dlm fikiran emak ni. Hari bersalin nanti mcm mana anakanda nak tido mlm? Anakanda bukan pernah lekang dr ketiak 'wangi' emak ni. Then hari berpantang pula mcm mana? Sampai nak beli set bersalin pun emak susah hati. Emak dok bayang, bila emak sapu pilis kat dahi, mesti anakanda asik 'tertarik' je kat pilis emak ni. Mcm mana le hari tu ye.
Memula igt masa dalam pantang nanti nak minta Embahmu jaga, tapi balik baru ni pun anakanda tak mau lekang dari emak, hmmm terpaksa fikir semula nampaknya. Dulu anakanda ok je, dengan semua orang anakanda tak kisah. Suka didukung, suka ada ramai orang suka beri perhatian kat anakanda.
Hmm???? Emak tak le rasa susah, emak tak kisah klu anakanda meragam dengan emak je. Anakanda kan AMANAH buat emak dan abah. Cuma emak risau, adakah sesuatu yang menggangu mu nak???
Apapun emak sentiasa berdoa smoga anakanda sentiasa dibawah lindungan Allah swt, Smoga semua ini sekadar dugaan sementara. Maha Pemelihara, Pengasih dan Penyayang tentu tidak akan menduga kita dengan sesuatu yang kita tak mampu tanggung. Semoga anakanda baik2 saja sewaktu emak tiada disisimu. Amin...
No comments:
Post a Comment