Wednesday, April 23, 2008
Technician baru nak datang???
Ehhhh... NANTI DULU...
Since bulan Feb En Saffri a.k.a Effi HQ ada mentioned about sending another FT17 ke E.V.E.R.Y state, so laju je aku call En Effi heheeee... Dia kata akan check. "Tak sabar nak buli ke?"
NOP. Tak sabar nak bekerja bersama - klu cuti bersalin nanti ada le org yg akan tanggung kerja - tak de le rasa guilty En Roslan kena kerja sorang tanpa bayaran (becoz of d span of control).
Dalam xcited ada gak berdebar nyer. Sbb dah serasi kerja ngan bos skrg, nanti bos baru ntah mcm mana pula peel nyer kan. Then klu rakan sekerja ni hope bleh le saling cover, bkn saling menghentam. Then hope boleh saling membantu kerja, bukan berkira. Yang penting saling memahami. Mcm ngan bos skrg. Kira 1 KEPALA le.
InsyaAllah... Harapnya begitu lah :) Doa yang baik-baik ajer...
Thursday, April 17, 2008
Cik Tim ohh Cik Tim
Tapi sayang... kenapa tiap kali bila melibatkan hal dalam famili, kamu sering hilang arah tujuan. Sering salah membuat pilihan. Hingga kami melihatmu ibarat lalang. Adakah kerana dirimu mawar bongsu abah maka kamu sering memberontak dan membantah? Adakah kerana yatim piatu kita kamu jadi begitu hilang pedoman, terlalu bergantung pada orang lain untuk menunjukkan jalan dan panduan? Atau adakah kerana kami terlalu mengambil berat maka pandangan kami bukan yang terbaik buatmu?
Matang lah sikit dalam membentuk dirimu adikku. Maaf, sejak akhir2 ni Nyah sering berasa kecewa dgn semua tindakanmu. Kamu sering bertanya kembali ntah apa yg kamu inginkan atau cari??? Hingga Nyah jadi keliru, kenapa kejauhan yg jadi alasanmu sedangkn telah Nyah nasihati awal2 dulu. Kenapa patah semangat yang jadi launganmu sedangkan kamu yang memilih utk kesitu???
Utamakanlah yang lebih utama adikku atau Nyah bimbang kamu akan tercicir dari rakan2mu. Ingatlah "Sesudah kesusahan ada kesenangan" : Surah Al-Insyirah. Tumpukan matlamat dan tujuan kembali keasalnya, ingatlah kembali kenapa kamu kesana tidak lain dan tidak bukan selain utk segenggam ijazah yang baik... Sbb kamu mmg mampu. Jangan sia2kannya dik. Jangan sia2kan... Bukan mudah untuk berjaya, tapi bukan mustahil. Mereka yang berjaya adalah mereka yang kenal diri sendiri dan tidak mudah dipengaruhi oleh persekitaran.
Ikhlas,
~Mawar tengah Abah~
Monday, April 14, 2008
Anakanda Zahra meragam

Meragam???
Masa anakanda 11 bulan emak dah decide nak send anakanda kat pengasuh lain. Sbb Onyang asik demam lately, jadi emak pun rasa tak sronok nak tambah beban Onyang. Ibarat Onyang sakit pun emak masih nak susahkan Onyang. Tulang 4 kerat Onyang dah tak segagah dulu sewaktu membesarkan emak, sejak kematian opahmu. Dah langkau 3 generasi anakanda... Kita patut boleh faham sendiri.
Tapi sayangnya waktu tu anakanda meragam. Macam tau2 je plan emak. Lepas emak cuti 2 hari, Onyang pun makin sembuh, maka hasrat tu dibatalkan dulu. Onyang pun takut nak izinkan hantar kat pengasuh baru takut dia tak tahan dengan ragam anakanda.
Kemudian ragam anakanda dah kurang, Alhamdulillah, mungkin sbb kami tukar susu dari susu Dulac ke susu Bebelac. (mahal sket of coz hehee sbb purposely utk perut mulas :p)
Tapi pun tak lama sgt, bila anakanda nak dekat genap setahun, Onyang demam lagi. Kali ni makin teruk. Demam Onyang berulang2. Since kerja pun asik on-off, emak nekad, cuba hantar anakanda kat sepupu abah. Start hantar khamis, masa 2 hari yg mula tu ok le. Lepas je cuti sabtu,ahad, the next monday mula anakanda dah xmau tinggal. Nangis masa mak mula hantar. Kira tu minggu kesedihan le.
Anakanda mogok. Tak mau makan le, tak main, siap benjol hitam besar kat dahi sebab anakanda terjun buaian. Alahai sayu nya hati emak. Onyang siap marah2 lah. Masa tu dah le Onyang terbaring je. Onyang sampai nangis tgk anakanda lebam. Dia rasa bersalah sbb dia dah tak larat anakanda yang terima padahnya.
Khamis sbb emak kena keje outstaion ke Grik, abah yang hantar dan amik anakanda kat rumah pengasuh tu.
Ptg tu abah dah ckp, kesian kat sepupu dia, anakanda meragam. Pagi jumaat tu emak try hantar lagi. Tapi emak pun dah tak sedap hati, but since it was last day kerja for that week, emak sabarkan juga. Bila balik keje SAH, dia dah tak larat nak jaga anakanda sbb anakanda mogok tu.
Then terpaksa le rela Onyang jaga semula. Walaupun emak tak sedap hati. 2 minggu berikutnya, Farah pula dihantar ke pengasuh lain. Tapi Farah ok je. Sampai sekarang.
Emak tak kisah kalau anakanda meragam dengan emak je. Tapi bila dengan Onyang pun anakanda mcm tu, emak sedikit susah hati. Tambahan pula insyaAllah bulan depan adik anakanda nak lahir. Macam2 dlm fikiran emak ni. Hari bersalin nanti mcm mana anakanda nak tido mlm? Anakanda bukan pernah lekang dr ketiak 'wangi' emak ni. Then hari berpantang pula mcm mana? Sampai nak beli set bersalin pun emak susah hati. Emak dok bayang, bila emak sapu pilis kat dahi, mesti anakanda asik 'tertarik' je kat pilis emak ni. Mcm mana le hari tu ye.
Memula igt masa dalam pantang nanti nak minta Embahmu jaga, tapi balik baru ni pun anakanda tak mau lekang dari emak, hmmm terpaksa fikir semula nampaknya. Dulu anakanda ok je, dengan semua orang anakanda tak kisah. Suka didukung, suka ada ramai orang suka beri perhatian kat anakanda.
Hmm???? Emak tak le rasa susah, emak tak kisah klu anakanda meragam dengan emak je. Anakanda kan AMANAH buat emak dan abah. Cuma emak risau, adakah sesuatu yang menggangu mu nak???
Apapun emak sentiasa berdoa smoga anakanda sentiasa dibawah lindungan Allah swt, Smoga semua ini sekadar dugaan sementara. Maha Pemelihara, Pengasih dan Penyayang tentu tidak akan menduga kita dengan sesuatu yang kita tak mampu tanggung. Semoga anakanda baik2 saja sewaktu emak tiada disisimu. Amin...
Hepi to start!!!
Lately, mmg banyak thinkin... thinkin...
Badan pun dah sarat, kerja dah kurang, bos faham... SUKERRR.
Letih kat rumah je sket, Anakanda Zahra lasak, xkisah le dia baru setahun dah nak dapat adik. Kesiannn.
Xpe, Allah dah nak bagi. SYUKUR...
Lately, mmg banyak thinkin... thinkin...
Pasal rumah yg belom dapat2, pasal suasana rumah opah yg makin penuh dgn barang dan bakal penuh dengan ahli yg smakin bertambah, pasal maid yg masih dlm proses tak nak amik tp terpaksa amik, hmm banyak yg menuntut ruang pemikiran utk dibahagi2kan nih...
Apapun, hope semuanya dipermudahkan. Amin...