Saturday, September 26, 2015

Siri Cerita Rezeki 1

Siri Cerita Rezeki 1


Kemarin hujan mulai jam 9 pagi, seorang penjual rojak menumpang teduh di teras milikku.
Masih penuh kereta sorongnya dengan buah-buah tersusun rapi. Kulihat dia membuka buku kecil, rupanya Al-Quran. Tekun dia mengaji, dah hampir sejam berlalu. Hujan masih belum berhenti.
Aku mulai risau kerana sunyi takde yang datang membeli.
Aku keluar berikan dia air.
“Musim hujan ni jualannya teruk juga ya, Pakcik…” ..“Mana nak laku masih banyak lagi ni.”
Dia tersenyum, “Iya.. Mudah-mudahan ada lah rezekinya tu.. .” jawabnya.
“Aamiin,” kataku.
“Kalau tak abis camne, Pakcik?” tanyaku.
“Kalau tak abis, itu namanya risiko, macam tembikai, rockmelon yang sudah dibelah dua, bagi saja pada jiran sebelah, dorang pun suka daripada kena buang. Lengkuas, jambu, mangga yang masih elok boleh disimpan. Mudah-mudahan ada nilai untuk disedekahkan,” katanya tersenyum.
“Kalau hujan terus sampai petang camne, Pakcil?” tanyaku lagi.
“Alhamdulillah… Itu bermakna rezeki hari ini kita diizinkan banyak berdoa. Kan kalau hujan waktu mustajab berdoa…” Katanya sambil tersenyum.
“Diberi kesempatan berdoa juga rezeki…”
“kalau tak dapat duit lagi camne, Pakcik?” tanyaku lagi.
“Itu bermakna rezeki kita untuk bersabar… Allah yang atur rezeki… Kita bergantung sama Allah.. Apa saja bentuk rezeki yang Allah beri.. kita bersyukur saja. Tapi Alhamdulillah, selama berjualan rojak belum pernah kelaparan."
“Pernah juga langsung tak dapat duit.. Tapi tau tau je ada jiran kirim makanan. Kita hidup ni nak cari apa… yang penting boleh makan biar ada tenaga untuk beribadah dan usaha,” katanya lagi sambil memasukan Al-Qurannya ke dalam kotak.
“Dah reda hujannya, tapi masih rintik-rintik… Saya jalan dulu ya.. terima kasih…” katanya sambil berlalu.
Menung…
Rasa malu pun ada…
boleh mengeluh pulak..
rasa tak senang bila datang hujan,
takut rezeki tergugat sehingga mengabaikan nikmat yang dah ada di depan mata.
Sedar… rezeki hidayah, dapat beribadah, dapat bersyukur dan bersabar adalah jauh…
jauh lebih berharga daripada duit, harta dan kedudukan…
REZEKI BERMACAM BENTUK..

No comments: