Thursday, September 24, 2015

Program Keluarga Sunnah

Program Keluarga Sunnah
Ustaz Ebit Lew
12 September 2015
Dewan Masjid BBU

- Bahagia dan tenang ini bermula dari hati mengenal Allah dan Rasul

- dia nampak Allah sebagai tujuan hidupnya

- antara sebab umat Islam diuji..kita x berkongsi nikmat Islam kita kepada orang lain

- perkahwinan pada zaman sahabat..semakin merapatkan diri dan keluarga kepada Allah. Oleh itu perbaharui niat kita dalam perkahwinan..pimpin ahli keluarga ke syurga.

- bahagianya kita apabila dapat memimpin pasangan dan ahli keluarga ke syurga
- bersyukur itu tanda bahagia. Maka jadilah manusia yang bahagia dan bersyukur

- orang yang mengenal Allah melihat Allah Maha Pemberi bukan melihat pemberian Allah itu satu perkara yg lebih besar. Maksudnya, apa yang Allah beri kita mesti bersyukur

- mohonlah pada Allah sehingga masalah selesai

- anak2 adalah amanah Allah kepada kita. Jagalah amanah ini sebaiknya

- banyakkan cerita dan membaca kisah nabi Muhammad dan para sahabat yang memberikan contoh teladan kehidupan yang terbaik

- mengakui kesilapan sendiri adalah sifat mulia

- jangan salahkan ibu bapa, suami atau org lain atas kelemahan diri sendiri

- nabi Muhammad saw manusia paling sempurna pribadi dan akhlak tetapi tidak pernah marah atau meninggi suara kepada kekurangan orang lain. Nabi menerima kekurangan orang lain dan membangunkan jiwa yang kekurangan ini dengan penuh hikmah dan baik.

- antara cara membersihkan hati ialah khidmat. Seperti bersihkan pakaian n kasut ahli keluarga, cuci toilet, uruskan diri tanpa menyusahkan orang lain dan lain-lain.

- khidmat dalam keluarga dapat menyatukan hati ahli keluarga. Apatah lagi khidmat itu dari ayah atau ibu.

- nabi Muhammad saw sering menziarahi para isteri baginda slps asar dan bertanya beberapa soalan kpd mereka:

        @@Apa yang kamu belajar hari ni
        @@Apa amalan kamu hari ini
        @@Siapa yang kau dakwah hari ini

- satukan hati keluarga: makan bersama, menggunakan satu bekas

- ilmu yang jatuh ke hati dapat memimpin diri dan orang lain ke syurga.

- menangis dalam doa adalah kunci kekuatan bukan menunjukkan kelemahan.

- suami sangat mengharapkan seorang isteri yang sangat memahami

- Kita mesti berusaha menarik rahmat Allah dlm family..jaga solat dan bacakan hadith
- fitrah manusia nak kan kebaikan... bimbinglah dan usaha mmbawa org lain kenal Allah. Mohon pada Allah agar mmbantu dlm urusan ini. Tangani dngan kelembutan, kasih sayang.. tegur org lain sbgaimana cara kita suka ditegur

- sangka buruk boleh merosakkan hubungan. Maka bersangka baiklah.
 
CARA MENDIDIK dengan betul:

1)  Kasih sayang (salam, sentuh, dukung, pegang tangan, pelukan, senyum, lafazkan sayang dan lain2)

- para sahabat jika menyayangi sahabat yg lain, mereka melafazkan sayang...saya sayang awak kerana Allah

- pegang tangan merapatkan hati. Para sahabat suka jalan sambil berpegangan tangan

2). Solat berjemaah, tahajjud, dhuha

- orang yang sedang baiki solat sebenarnya sedang baiki hidupnya

- solat adalah cara menarik rahmat Allah

- penuhi rumah dengan suasana solat apabila masuk waktu solat, bentang sejadah, tutup tv

- berdoa dan bersangka baik kpd ahli keluarga yg x solat. Jng putus asa...teruskan berdoa agar diberi hidayah.

- Allah takkan biarkan org yg memelihara solat...pasti Allah memeliharanya

- tahajjud merapatkan kita kpd Allah..jng lupa kejutkan pasangan unt tahajjud paling kurang dua rakaat.

- tahajjud adalah permulaan hari bagi orang yang soleh

- biasakan sblm berusaha..solat sunat dua rakaat..tahajjud, dhuha, hajat dan lain lain. Orang yang meminta dengan Allah tak akan kecewa

- didik anak..sblm periksa dua rakaat, sblm gi klinik solat dua rakaat dan lain lain

3) hidupkan suasana Ta'lim ( suasana ilmu dalam keluarga)

- bacakan hadis, kisah sahabat, amalan, agama

- bacakan al Quran

- buat setiap hari lebih baik

- cakap dng jelas, satu persatu

- bina keyakinan dng kalam Allah dan kata2 nabi

- dekat dng agama dapat membina kehidupan yg bahagia

- kenalkan keluarga dengan Allah dan nabi

- kenalkan anak2 ttg keindahan Islam, kasih sayang Allah

Bagaimana menghadapi pasangan yang
baran?

sebab utama baran, pasangan rasa isteri atau suami dia adalah milik dia. Jadi dia buat sesuka hati. Anggapan ini salah.

 Pasangan kita bukan milik kita tapi milik Allah yg mesti kita jaga dengan sebaiknya.
Jika sdg marah, jng cakap.

Ubah kedudukan..ambik wuduk..bnyakkan doa..

No comments: