Tuesday, May 26, 2015

Hari Sukan Tadika Baiduri ~ Nur Zareen Yusrina

Hari Sukan Tadika Baiduri ~ Nur Zareen Yusrina

Giliran Kak Chik Yusrina bersukan hari ini 24 Mei 2015. Biasalah kalau sukan umur 5 tahun emak tidak menjangkakan banyak acara yang kak Chik dapat masuk sebab Cikgu akan dahulukan student 6 tahun biasanya untuk acara perseorangan :) Tapi masih untuk sukan pertama personally bagi kak Chik ofcoz emak masih agak teruja untuk meraikan anakanda :) Bagaimana lah nanti kak Chik akan kedek-kedek-kedek buat perbarisan masuk dan berlari dalam acara ye :) 





Lepas perbarisan dan habis acara individu, sampai giliran acara kak Chik . Rupanya dapat masuk 2 acara. Kak Chik No B02 so maknanya ka chik orang ke 2 dalam acara berkumpulan. Rumah Kuning yeay emak mmg suka rumah kuning :) 


  1. Lari sambil kepit bola ~ Johan yeay!!!
  2. Pass baton ~ Tempat ke 3 yeay gangsa

Habis acara kak chik lepas tangkap gambo ramei-ramei, ada cabutan bertuah. Hahaha masa solat subuh emak dah submit DOA moga ALLAH bagi peluang kami sekeluarga merasa cabutan bertuah kali ni. Memula cabut 5 no je. Alhamdulillah kami no 2 kot yeay!!! Cepat kan ALLAH makbulkan DOA tak perlu tunggu berdebar lama-lama. Alhamdulillah balik IMKK pandai dah nak submit DOA :) The power of Submission. 


Acara Ibu pula Alhamdulillah emak join 2 acara juga. Tapi apsal takde sesiapa ingat untuk amik gambo emak ni huhuhu sadis betoi le. Itu lah nasib tukhang tangkap gambo. Orang lain mungkin kurang excited nak snap gambo mcm yg kita excited utk snap gambo depa kan :'( Apapon emak hepi dengan acara emak ni, awal lagi Kak Murni Ibu Salwa kawan baik kakak Zahra Iman dah offer join team dia. Ok sangat lah tu takyah emak nak fenin-fenin cari partner kan. 
  1. Terompah Gergasi ~ Johan yeay!!! Emak mmg target besungguh acara faberet nih. 
  2. Carpet merah ~ No 2 jadik le beronok-ronok je :) Paling tak konfiden acara ni sebab tau dah langkah kecik pastu pakai seluar jeans yang ofcoz susah nak mencangkung tu untuk capai carpet merah. Kes tak boleh pijak tanah ni. 


 












Acara Bapa pula Abah Amam memula nak join 1 acara je, tp biasalah bila dah di provoke oleh Pengacara Majlis yang sporting tu Abah Amam pun masuk juga bagi memeriahkan lagi hehehe mahu tapi malu pula ye. Dua-dua ni acara berkumpulan juga. 

  1. Lari dalam guni ~ tempat kedua kot. Semua bapa tak puas lari dalam guni singkat sangat tracknya hehehe 
  2. Tarik tali ~ Johan yang Havoc yeay!!! Memang nampak kesungguhan dan fight hebat antara 2 team ni. Pak pasak team lagi satu punyele besar, bila dia pasak kat belakang tak bergerak team Abah Amam tarik hehehe puas tegang urat antara 2 team ni. Alhamdulillah bila masuk second round, dengar suara Abah Amam leading untuk suara tarik tu, lepas tersusun dan berstrategi so terus menang 2-0 :)
Alhamdulillah secara kesimpulan puas hati dengan keseluruhan acara sukan tahun ni. Meriah juga lah. Macam biasa support dari famili ~ Embah Lanang, Edok, Mak Ngah Nadiah dan sepupu2 Humaira kawan baik kak chik & Sofia sudi datang memeriahkan majlis. Tahun dulu Mak Ngah, Edok ngan Neng sama join acara Terompah gergasi. Tahun ni Mak Ngah pregnant takdelah nak join kan. Thanks sudi belikan belon untuk anak-anak. Emak memang kebetulan tak bawa purse dan duit datang sukan. Niat nak bersukan sungguh lah hehehe. 




Cuma tahun ni macam kurang meriah ibu bapa macam kurang ramai berbanding tahun-tahun sudah mungkin terkesan dengan pembukaan banyak tadika swasta yang top top sekitar Meru Raya ni ~ Pasti, Little Caliphs, Genius Aulad yang sebelum ni jauh2 dah buka serentak untuk tahun 2015 ni. Tapi takpe, Tadika Baiduri masih di hati kami. Bak kata Abah Amam ~ terima jelah hakikatnya diorang bergenerasi kat situ :) Tahun depan kak chik 6 tahun insyaAllah meriah. Berdua ngan Hassan pula tu. Apapun will see :)

2 comments:

MAZLINA said...

waaaa angah rosez dah ada blog skarang..class you!!

MAZLINA said...

waaaa angah rosez dah ada blog skarang..class you!!