Wednesday, April 1, 2015

Reviu Buku SURI SUPER

Reviu Buku SURI SUPER

SURI SUPER ~ Semua ibu bekerjaya memang ngidam nak jadi Suri Super. Saya suka pujuk hati saya dengan gelaran SUPER MAK :) Walau hakikatnya itu lebih pada impian dan masuk dalam salah satu vision board hehehe ^_^ Orang lain vision board dia ada keta besar, rumah besar, akaun saving besar. Buat masa ni saya lebih worry pasal menjadi isteri kesayangan suami saya, ibu kesayangan kepada cinta hati anak-anak saya yang ber 4 tu dan kesayangan mertua & adik bradik saya :) Sebab saya kurang risau bab kurang duit, insyaAllah saya pakar marketing (selalu perasan gini kat incik kanda saya haha), saya kurang risau bab keje hakiki saya sebab so far masih berteknikal Alhamdulillah ALLAH sentiasa bantu beri ilham kerja yang best. Yang saya risau adalah dengan adanya pembantu rumah, menampakkan kelemahan & kurang cekap saya dalam pengurusan rumahtangga. 

Aturan ALLAH sentiasa memberi solusi dan jalan terbaik untuk setiap permasalahan dan gundah gulana di hati saya. Maha Penyayang Ar-Rahim menggerakkan saya baca buku ni BEKERJA & BERNIAGA ~ PANDUAN KEJAYAAN UNTUK SURI oleh Puan AZURA ABDULLAH. 



Alhamdulillah saya berjaya habiskan baca buku ni 1 malam saja. Tiada yang pelik sebab memang saya minta membaca. Kalau buku tu menarik cara olahan dan kandungannya, memang satu malam saya boleh habiskan. Adakah welcome note yang comelll ni yang menarik minat saya untuk terus memulakan pembacaan?



NAMUN.... Buku ni pelik sikit. Seolah-olah saya sedang baca diri saya dalam tulisan puan Azura. Sungguh, saya sangat teruja sebab olahan puan Azura menjawab soalan-soalan yang selama ni bermain dalam fikiran saya. Soalan yang saya selalu perlu solusi segera dan saya sedar saya dalam bahaya jika saya tidak berjaya jumpa penyelesaian dalam masa terdekat. 

Alhamdulillah seolah-olah ia jawapan ALLAH untuk saya pada semua keluhan dan rintihan kelemahan saya pada ALLAH setiap malam dalam sujud dan leraian air mata. Begitulah sangat penyayang Ar-Rahim pada hambaNya. Saya selalu minta jawapan segera pada masalah saya. Sebab saya yakin hanya ALLAH Tempat Meminta dan hanya solusi dari Nya adalah solusi yang tepat. ALLAH As-Sami' ALLAH Ar-Rahim. Mengadulah padaNya. Dia lah sebaik-baik pendengar dan Al-Mujib Maha Memperkenankan permintaan. 

Alhamdulillah ALLAH hantar buku ni segera pada saya melalui Kak Long Najihah, kakak sulong Shaklee saya. Upline saya Ummi Mai selalu kagum dengan anak sulong Shaklee nya Kak Long Najihah ni. Siapa yang tak kagum, pensyarah sepenuh masa di UPM Bintulu, mempunyai anak 5 dan sedang mengandung anak ke 6 pada usia 40 tahun. Yet masih sangat rajin memasak, mengajar anak mengaji di rumah. Benda yang saya selalu terkejar-kejar penuhi tuntutan sebagai ibu dan isteri :) 

Tup-tup penulis buku ni Puan Azura kawan baik kak Long. Subhanallah. Saya jarang tangguh bayaran atau hutang kecuali saya betul-betul sedang sangat kekangan masa untuk bank in dan sebagainya. Jadi saya rasa bersalah sangat kali ni sebab ibarat sedang berhutang ilmu yang sangat berharga dari kak long.

5.30 petang : Saya terima parcel buku ni sewaktu balik kerja dan selepas fetch anak balik sekolah rendah. Saya terus snap cover dan update status fb saya sambil berdoa ALLAH memberi saya kelapangan masa untuk membaca. Sebab lately dah 4,5 buku yang saya beli online belum sempat saya habiskan dan khatam secara penuh. Semuanya saya terpaksa belek sikit dan tutup. Gara-gara sibuk closing Shaklee dan sibuk dengan kerja hakiki. 

11.30 malam : fetch suami di stesen KTM Ipoh baru pulang dari training di Shah Alam. Teman suami supper di gerai char kuew teow 

1 pagi : Sampai rumah baru gosok gigi niat nak rest anak bongsu jaga nak susu huhuhu, kompom dia ni berjaga sampai subuh tengok TV sebab itu le trend tido dia lately, siang tido malam bejaga huhuhu :'( Fenin emak ni anakanda oooiiii Layan je le. Dia nak teman ke bilik air, lapar nak makan biasa le berjaga tengah malam. Emak pun fikir apa nak buat ni ye. Spontan je terus amik buku baru tiba tadi dan baca. 

3.26 pagi : Selesai baca buku ^_^ Subhanallah. Apa yang membuatkan saya can't stop myself from reading...reading...and continue reading... Saya sedang lihat seolah-olah diri saya dalam jalan cerita penulis. Ibu kepada anak 4 sedang bekerja dan berniaga part time. Sungguh ilmu dalam buku ni sangat praktikal untuk saya cuba amalkan. Ya saya harus amalkan. Terima kasih ALLAH selalu beri saya jawapan yang tepat dengan cepat. Semoga saya dapat atasi dengan cepat kelemahan pengurusan saya. 

5.00 pagi : Anak bongsu saya masih belum tidur dan masih cargass. Saya sudah selesai tahajud dan witir. Moga ALLAH terus beri saya kekuatan untuk terus cemerlang sebagai ibu penyayang dan isteri tercinta pada incik kanda saya ^_^ Terus selit saya dalam DOA kalian moga rahmat ALLAH sentiasa bersama kita. InsyaAllah. 

Rosez
CEO MMR Sejuta Syukur 
Pengedar Buku MMR & ATM
Pengedar Shaklee Ipoh

No comments: