Saturday, April 25, 2015

Kaitan antara mahu dan terus buat

Bismillah

Keinginan yang kuat memberikan tindakan yang berhasil.

1. Seorang Muslim yang ingin solat subuh berjemaah di masjid, takkan mampu untuk bangun seandainya dia tak berdaya nak meninggalkan bantal dan tilam yang empuk.

2. Seorang ibu yang ingin anaknya memeluk dirinya dengan penuh kasih sayang takkan boleh dapat seandainya jarang berdamping dengan si anak dari celik mata hingga lelap semula si anak tadi dalam hari-hari pembesarannya.

3. Seorang pelajar yang ingin dapat keputusan cemerlang takkan mampu capai targetnya jika dia jarang buat latihan.

Pilih saja, sebut saja anda mahu apa, tapi kalau anda tidak terus buat maka semua tu hanya kekal tersimpan dalam kotak memori anda sebagai angan-angan. Tapi jika anda terus buat maka barulah semua angan-angan tu ada harapan untuk jadi hasil. Belum tentu hasilnya cemerlang, setidaknya anda sudah bermula. Mungkin untuk bagus tindakannya perlu 10, tapi anda sudah mula langkah pertama :) Bila sudah ada langkah 1, maka langkah 2,3,4,5 sudah semakin jelas dan mudah :)

Itulah kaitan antara mahu dan terus buat :)

No comments: