1> Pengalaman ke Indonesia
Siapa sangka akan ke luar negara, dalam negara pun belum tentu habis.
Dulu masa arwah emak ada, zaman kecik2 arwah abah rajin juga bawa berjalan. Itupun kecik sgt, tak ingat!
Berdasarkan foto2 je. Terima kasih tu my bapa mertua, percutian keluarga mmg best!
2> Maid yang ditunggu tiba jua
Lilik Kholifah ~ itulah pengasuh anak2ku. Lain negara, lain budaya maka banyaklah kelainannya. Setakat ni alhamdulillah. Bolehlah dibuat kawan dirumah. Nasihat kawan2 jangan bagi muka! Tak sampai hati rasanya. Dah duduk serumah, lagipun kita bukan suka aniaya org. Harapnya buat baik-dibalas-baik saja. Bersangka baik; tapi hati2. Tegas mana yang perlu; insyaAllah xde masalah.
3> Umrah Mei
InsyaAllah dah sampai masanya untuk bawa Opah ke umrah. Dalam banyak fikir-fikir dan timbang-timbang, dah booking pun akhirnya. Belanja mmg tak banyak, mana yang ada saja. Harapan sebelum pergi ~ moga diterima sebagai ibadat oleh Allah SWT ~ dipermudahkan urusan dan perjalanan ~ pulang bersama bekal yang yang menjadi pemangkin kepada amal baik yang lebih buerkualiti selepas ini. Hamba datang YA ALLAH. Tak sabar nak lebih dekat denganMu.
Apapun semoga tahun ini lebih banyak perkara baik yang hadir.
No comments:
Post a Comment